Khamis, 29 November 2012

KEBERTERUSAN TRANSFORMATIF


Pada sisi lain, pendapat dan teori politik konvensional yang mengatakan bahawa perubahan dan pembaharuan akan hanya berjaya jika kita menukar kerajaan tidak boleh diterima pakai di Malaysia.
Semenjak lebih 50 tahun yang lalu, Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional secara tali menali, menerajui negara tercinta ini dengan membawa perubahan dan pembaharuan bukan pada kadar berdikit malah dengan lonjakan berganda dengan Keberterusan Transformatif.
Kita telah menyaksikan bagaimana Malaysia telah berubah dari sebuah negara yang terjajah kepada sebuah negara merdeka, daripada sebuah negara berstatus negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

Rabu, 28 November 2012

Penganut Buddha Wajar Kekalkan Kerajaan BN – Master Hsing Yun


Master Hsing Yun, iaitu pengasas kuil Fo Guang Shan iaitu kuil terbesar di Taiwan pada tahun 1976 kini berada di Malaysia untuk menghadiri Buddhist Cultural and Dharma Blessing Function. Beliau merupakan tokoh Sami Buddha paling berpengaruh di dunia.

Kita sedia maklum bahawa Sami Buddha terkenal dengan sifat mereka yang tenang dan berdisiplin. Seorang Sami yang 'tinggi' darjatnya sering dikaitkan dengan kebolehan-kebolehan luar biasa yang menggunakan kekuatan minda. Sami yang benar-benar komited dengan kepercayaannya sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata mereka. Mereka tidak bercakap sebarangan sepertimana orang biasa.

Selasa, 27 November 2012

ORANG MELAYU PERLU BANGKIT DALAM ISU YANG DIAPI-APIKAN ????


HIMPUNAN HIJAU : CINA TUNJUK KEHEBATAN MEREKA KEPADA BANGSA MELAYU - 13 MEI MUNGKIN BERULANG ????


Himpunan Hijau sebenarnya sengaja dibuat-buat setelah mahkamah mejatuhkan bahawa Lynas boleh diteruskan operasinya. 

Himpunan Hijau yang turut dihadiri oleh MP Ipoh Timur Lim Kit Siang, William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah) dan Dr D Jeyakumar (Sungai Siput) sebagai isyarat kepada bangsa Melayu bahawa bangsa cina sudah menjadi bangsa majoriti.

Semasa Himpunan Hijau itu diadakan mereka jelas mengutuk dan mengeji bangsa Melayu seperti"balik kampung tanam jagung", ini menunjukkan mereka sudah bermegah bahawa bangasa mereka sudah disokong oleh bangsa Pas dan Anwar Ibrahim.

Dulu bila orang tua-tua berkata "Melayu jika berpecah Cina akan ambil kesempatan", kata-kata itu dinafikan oleh kita ketika itu tapi kini sudah benar-benar berlaku.

Jadi ke mana arahtuju bangsa Melayu akhirnya?

Isnin, 26 November 2012

Masjid Kariah Pesuruhjaya PAS Selangor Pun Tak Terkecuali Dari Banjir

Insaflah wahai pengikut PAS !!!

Rupa-rupanya, Masjid As-Shariff, Meru iaitu masjid kariah Pesuruhjaya PAS Dr Rani Osman tidak terkecuali dari dilanda banjir. Semalam (Sabtu) masjid tersebut telah dilanda banjir buat kali kedua dalam bulan ini.

Bagai kebetulan pula, sebelum ini masjid berkenaan telah dilanda banjir pada Sabtu 3/11/2012.

Menurut laporan Mingguan Malaysia hari ini (keratan di bawah), banjir telah beberapa kali melanda masjid tersebut sepanjang tahun ini. Namun Dr Rani Osman yang juga ADUN Meru tidak mengambil iktibar untuk memperbaiki keadaan, khususnya peparitan yang menjadi punca banjir.

Ahad, 25 November 2012

PANASS!! Imam Doakan Kehancuran UMNO Hampir Di Tampar!!


Perpecahan umat Islam di Malaysia semakin menjadi-jadi apabila ahli Pas yang tegar menjadi khatib ketika sembahyang Jumaat dan membaca khutbah anti UMNO. Blog Pisau.net, ada cerita baik punya!

PAS hari ini bagaikan mengadakan gerakan seluruh negara menyeru para khawarij berdoa agar menghancurkan kerajaan Islam Umno BN.

Di Masjid Al-Falah Ulu Yam Bharu,Kuala Kubu Bharu pada penghujung khutbah Jumaat siang tadi Iman masjid yang dikenali sebagai totok khawarij Mohd Azmi Bin Hasan telah mengikut jejak langkah Nik Razi doa beliau " Ya Allah hancurkan kerajaan yang penuh kezaliman tumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan raya yang akan datang,turunkan bala dan kehancuran pada kerajaan yang zalin ini"

Sabtu, 24 November 2012

PERMAINAN POLITIK NURUL IZZAH - PADERI WANITA PERTAMA MALAYSIA


SETIAP kali ada ahli parlimen Pakatan haram ini mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, penulis sudah tau awal-awal lagi tujuan saman itu bukan kerana Utusan ada melakukan kesalahan, tapi kerana bermotifkan politik.

Sistem bermahkamah di Malaysia ini kita perlu tahu, sarat dengan persoalan prosedur dan tafsiran undang-undang oleh hakim.  Berapa hakim ada di negara ini, sebanyak itulah tafsiran undang-undang yang ada.  Sehinggakan Anwar Ibrahim terlepas dakwaan meliwat Saiful Bukhari kerana hakim rasa ‘tak selamat’.

Selamat, tak selamat, jubor budak dah lunyai ditarah Anwar.

Sama jugalah macam saman Nurul Izzah ke atas Utusan yang difailkan semalam.  Terang-terang Nurul Izzah sebut kebebasan beragama patut dibuka kepada orang Melayu, dia ke Mahkamah saman Utusan bawa persoalan menggalakkan murtad (rujuk tuntutan plaintif).

Bila Tun Mahathir Berbicara, Impian Pakatan Rakyat Musnah.


TunM
Terus terang dikatakan, Tun Dr Mahathir Mohammad walaupun telah menjadi mantan Perdana Menteri Malaysia, tetap mempunyai karisma dan pengaruhnya yang tersendiri. Bapa Permodenan itu seringkali mengeluarkan buah fikirannya tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam Malaysia. Pendapatnya pula tidaklah selalu memihak kepada satu pihak sahaja, kerana beliau sangat berterus terang di dalam menyampaikan ideanya.

Kadang-kala ucapannya digunakan oleh pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan. Terutamanya semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kritikan Tun Mahathir sentiasa tepat dan berisi, ini disambut baik oleh kedua-dua belah pihak kerana teguran yang diberikan ikhlas dari hati beliau sendiri. 

Namun begitu setelah Datuk Seri Najib memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Dr Mahathir jarang mengeluarkan apa-apa kenyataan mengkritik kerajaan, cumanya beliau sering melemparkan kritikan keras kepada pihak pembangkang pula.

Jumaat, 23 November 2012

Anwar Minta Bantuan Luar Bukan Mengejutkan, Taktik Lapuk Cari Pengaruh


KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa tindakan mencari pengaruh luar bukanlah kali pertama dilakukan oleh penasihat PKR dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini.
“Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Khamis, 22 November 2012

Kritikan Anwar Tidak Mengubah Polisi Melindungi Keselamatan Israel


COVER 053
DARI apa yang penulis difahamkan Anwar ada keluar kenyataan ringkas pada Ahad lepas ‘mengecam’ keganasan terbaru Israel yang setakat ini mengorbankan lebih 100 orang rakyat Palestin.

Oklah, Anwar kecam walaupun bila kita baca kecamannya itu macam pondan menasihati pondan yang lain.  Selain yang dipanggil kecaman itu hanya disampaikan melalui mesej Twitternya, bukan majalah yang ada rangkaian di seluruh dunia macam The Wall Street Journal (WSJ).

Pendek kata, Anwar tak mahu ‘kecaman’ itu diketahui masyarakat barat yang pro yahudi, berbeza dengan komitmen melindungi keselamatan Israel dulu.

Rabu, 21 November 2012

Tubuh suruhanjaya antarabangsa siasat laporan serangan 9/11


KUALA LUMPUR 19 Nov.- Persidangan Antarabangsa '9/11 Revisited: Seeking The Truth' hari ini mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya siasatan antarabangsa bagi menyiasat laporan kerajaan Amerika Syarikat (AS) berhubung serangan ke atas menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan kompleks Pentagon pada 11 September 2001.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, selain meneliti sama ada laporan kerajaan AS itu tepat atau tidak suruhanjaya tersebut juga akan menyiasat kemungkinan serangan dilakukan pihak lain dan bukannya kumpulan pengganas Islam.

Isnin, 19 November 2012

BUKTI PAS SESAT LAGI MENYESATKAN!


Entah ijma’ dan qiyas apa yang mereka gunakan, Mursyidul Am PAS yang menjadi tok imam pula bagaikan berhala bisu dan tuli yang langsung tidak mempunyai sebarang upaya untuk menghalang apatah lagi menegur, BIDAAH DHOLALAH yang berleluasa dan dilakukan oleh hampir 30,000 orang (sepertimana yang dilaporkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat).

Belum pernah dalam sejarah Islam, baik pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para Sahabat r.a, tabiin dan tabiit tabiin, doa seperti itu dilakukan dan dimegah-megahkan. Namun pada zaman di mana teknologi maklumat sangat maju dan segala macam maklumat boleh diperolehi tanpa perlu lagi menyelak kitab-kitab kuning bertulisan Arab atau jawi kuno, rupa-rupanya lebih ramai manusia yang mengaku Islam, tetapi mengamalkan perbuatan takliq yang luar biasa taksubnya.

Doa solat hajat dari warga syaitan khusus kepada UMNO BN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...