Khamis, 31 Januari 2013

Penyelewengan Wang Oleh Pimpinan DAP Kini Diambil Alih SPRM


Wow wow wow ini lah baru dinamakan Ada TELOR tak sepertimana yang dilakukan puak Pakatan Pembangkang yang hanya pandai menyalak sahaja dalam menfitnah pimpinan Barisan Nasional.

Saksikan video dibawah ini: 






Amacam DAP? Kalau benda kecik yang amaunnya tak sampai RM 100 Ribu pun sampai sekarang masih gagal nak siasat dan selesaikan kemana pergi wang tersebut macam mana nak urus tadbir negara? Nak kerjasama dengan PAS? PAS pun sampai sekarang wang tabung kutipan Memali lenyap begitu sahaja yang entah berapa juta kutipan pun kita tak tahu.

Rabu, 30 Januari 2013

Solat Jumaat 'berimamkan' radio


PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.

Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.

Selasa, 29 Januari 2013

USTAZ NASHA KENA BUANG DARI MAJLIS SYURA !!! ELOK SANGAT BERJUANG LUAR PAS !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa terjawab apabila Setiausaha Majlis Syura PAS,Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas Timbalan Presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Seluruh rakyat Malaysia sedia maklum,Ustaz Nasharudin Mat Isa telah pergi ke Gaza mengiringi YAB Perdana Menteri,DS Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Misi Kemanusiaan Ke Gaza.

Isnin, 28 Januari 2013

MAULIDUR RASUL BIDAAH KONON, TAPI BIRTHDAY SENDIRI BUKAN MAIN LAGI SAMBUT!!!


Dengar cerita tentang bidaah, bukan main lagi hebat. Pendek kata, orang lain semuanya bidaah. Tak boleh buat. Sampaikan sambutan Maulidur Rasul pun, tak boleh. Kononnya zaman Nabi tak buat. Bila Nabi s.a.w tak buat, maknanya kita tak boleh buatlah. Kalau buat, namanya BIDAAH.

Dan bagi kaum Wahabi, tidak ada BIDAAH HASANAH sebaliknya semua BIDAAH adalah DHOLALAH.

Punyalah nak membidaahkan orang lain, dan menunjukkan kononnya dia lebih tahu tentang Islam, maka dikatakan bahawa Muhammad s.a.w bin Abdullah adalah MAMAT KAMPUNG yang mulianya hanya keranalah JAWATAN RASULULLAH dan NABI. Kalau tak ada JAWATAN itu, maknanya Muhammad s.a.w hanyalah si penggembala kambing yang tidak ada apa-apa.

Ahad, 27 Januari 2013

PEMBOHONGAN TENTANG PESTA BAKAR BIBLE VERSI MELAYU...



LIM GUAN ENG PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA, BAGI MENGELAKKAN PERKARA LEBIH BURUK BERLAKU DI MALAYSIA


Dalam perutusan Thaipusam, Lim Guan Eng sekali lagi membelakangi bahasa kebangsaan kita. 

Hanya bahasa Inggeris dan Cina sahaja yang digunakan. Di antara kenyataan beliau : 
For this reason the Penang state government is confident that outside threats to disrupt this mutual respect and destroy racial harmony with vile and abhorrent acts like burning Bibles will certainly fail. more
MiM cuma ingin bertanya, apakah 'gesaan membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu' bukan salah satu daripada punca yang boleh menyebabkan 'disrupt mutual respect' anak Kit Siang terhadap perasaan umat Islam di negara ini?

Bukankah persengkataan isu nama Allah yang berlaku sekarang dan dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP itu juga boleh 'destroy racial harmony'?

Sabtu, 26 Januari 2013

Pembangkang Mahu Ibrahim Ali Dipenjarakan Kerana Pertahan Islam


Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.
Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Jumaat, 25 Januari 2013

Kalimah Allah: Penyokong Pas bantah Guan Eng, desak Pas keluar pakatan


KOTA BHARU 24 Jan. - Lebih 50 penduduk termasuk penyokong Pas yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.

Selain membawa sepanduk mengecam Guan Eng penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.

Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudian mendesak Pas keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

Khamis, 24 Januari 2013

BAPAK SYAITAN MENJERIT LAGI


Nasruddin Tidak Patut Perlekeh Lawatan PM Ke Gaza
TEMERLOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.

Isnin, 21 Januari 2013

Selangor ! Gereja DUMC RM 50 Juta persetujuan Pakatan Rakyat ?


Gambaran Dream Center DUMC Fasa 2
Damansara Utama Methodist Church (DUMC) memiliki bangunan serbaguna di Seksyen 13, Petaling Jaya.
Diberitakan satu lagi bangunan baru lapan tingkat yang bernilai RM50 juta telah mula dibina oleh gereja itu pada bulan lepas dan akan siap Februari tahun depan.
Dream Centre (Fasa 2) akan mempunyai auditorium yang boleh mendudukkan seribu orang penonton serta dua buah dewan masing-masing boleh memuat 500 kerusi. DUMC juga bercadang memperbanyakkan jumlah bilik latihan berbanding yang dimiliki Dream Centre pada masa kini.

Jumaat, 18 Januari 2013

Hina Islam: Fatwa Puak-Puak Fuckatan

Inilah yang akan berlaku diatas tindak-tanduk puak-puak FUCKATAN


Kalau puak dia (Fuckatan):-
Patrick Teoh hina Islam, itu sebab dia tak faham Islam, tak boleh nak salahkan dia – Bob Lokman
Karpal Singh hina Islam, itu bukan salah dia sebab dia kafir tak faham Islam – Nik Aziz
Ngeh Koo Ham hina Islam, itu bukan salah dia sebab dia kafir tak faham Islam – Nik Aziz.
Patrick Teoh hina Islam tidak apa sebab dia bukan pemimpin DAP pun – macai nama Bujuk
Kalau orang kita (BN):-
Chua Soi Lek hina Islam (hudud), itu perbuatan biadap dan melampau, kerajaan patut ambil tindakan – Nizar Jamaludin, PAS
Samy Vellu hina Islam (Al-Quran boleh bina lebuhraya ka?), darah saya mendidih, mulut dia lancang, patut dihukum, kamu hina Al-Quran – Ahmad Awang, PAS.

Rabu, 16 Januari 2013

LGE SEMEMANGNYA INGIN MELIHAT ORANG MELAYU DIPINGGIRKAN

Photo


Pada 14 Januari, Malay Mail melapurkan bahawa kerajaan DAP pimpinan LGE di Pulau Pinang bercadang membangunkan sebuah pusat Perdagangan bertaraf Antarabangsa di Balik Pulau, Pulau Pinang. 

Cadangan projek tersebut akan dijalankan secara usahasama dengan sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong atau lebih tepat lagi seorang Pelabur dari Hong Kong. Hebat perancangan DAP ini. Patutlah Guan Eng suka sangat pergi ke Hong Kong, bercuti, sambil makan angin dan sambil mencari pelabur.
  
Kongsep pembangunannya pula adalah hampir sama dengan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan di Johore iaitu Iskandar Malaysia.  

Keseluruhan projek ini apabila siap kelak menelan belanja sebanyak RM75 billion. Siap dengan jambatan sepanjang satu kilometer. 

Pembangunan bersepadu ini memang baik, namun ia tidak akan memberi menafaat kepada golongan yang berpendapatan rendah. 

Projek ini mengundang bantahan daripada banyak pihak termasuk daripada pencinta alam sekitar. Kehidupan laut akan terancam.  

Walaupun dikatakan sesiapa yang tidak mampu memiliki harta di sini kelak akan disediakan  peluang kedua di mana harga hartanah bertaraf rendah akan disediakan, namun memahami apa yang tersirat kemungkinan besar perkara tersebut hanyalah bersifat kosmetik semata.mata. 

Selasa, 15 Januari 2013

Belajar Cara Baru Bagaimana Menjual Kalimah & Akidah..!


Ini namanya politik longkang...politik kokang...malu malu lobang! Sejak dari awal PAS wujud, taktik ini memang digunakan..! jual dan gadai kesucian agama adalah roh dalam perjuangan sesat hamPAS..!

PAS tahu Hadi dan Nik Aziz dah jauh tersesat dan menyesatkan...menjilat ponggong Anwar dan Kit Siang pagi dan petang menyebabkan majoriti kuda belang hamPAS rimas dan 'panas'. Oleh kerananya hamPAS kena corner baring beb..bagi kuda belang hamPAS kena ambik tindakan ini...

Isnin, 14 Januari 2013

Kalimah “Allah”: PAS Retak Seribu Dihancurkan DAP Dan PKR


Semakin hari semakin teruk pepecahan yang berlaku di dalam PAS disebabkan pertelingkahan di kalangan para pemimpinnya mengenai isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Mungkin kerana “tahaluf siyasi ala-ala agama PAS”, Presiden dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat senada menyokong kehendak yang disuarakan Setiausaha DAP, “Khalifah Father” Lim Guan Eng, itu.

Maka bertepuk tanganlah beberapa pemimpin PAS “liberal” seperti Khalid Samad dan konco-konconya yang sememangnya sering menyalak mahu kalimah “Allah” itu dicemar sewenang-wenangnya.

Bagaimanapun, golongan ulama di dalam PAS yang merujuk kepada kepentingan Islam tidak mahu mengalah dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

Sabtu, 12 Januari 2013

PAS tergelincir daripada landasan Islam


Dua Harun Bakal Tinggalkan Pas?


Dua orang ulama Pas terkenal Datuk Harun Din dan Datuk Harun Taib dijangka mengumumkan tindakan mereka keluar daripada parti tersebut dalam sedikit masa lagi.

Harun Din dan Harun Taib merupakan dua pemimpin Dewan Ulama Pas yang secara terbuka membantah sokongan Pas terhadap permintaan Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu yang diedarkan di Semenanjung Malaysia dibenarkan menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah.

Jumaat, 11 Januari 2013

Dr M "devil" atau N.Ajis ditolong setan patut taubat, Harun Din?


1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”.

2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah “lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali”.

Khamis, 10 Januari 2013

Jepun Nak Saman Nizar : Hal RM207 Billion


Sebenarnya memang patut kalau kerajaan Jepun saman Nizar pasal buat fitnah tak tentu pasal. Ini adalah sebagai pengajaran.

KUALA LUMPUR:  The Japanese embassy today denied any knowledge of the RM207 billion compensation for Japan’s Death Railway project as pursued by PAS’ Mohamad Nizar Jamaludin.

Japan’s second secretary to Malaysia Takaharu Suegami said today his government never confirmed that RM207 billion was paid to the Malaysian government to compensate some 30,000 Malaysians once recruited as forced labour in its Death Railway project.

Rabu, 9 Januari 2013

Dr Mahathir perjelaskan sebab 'bahaya pilih Anwar'....


drmahathirtegas513
Jangan beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan.

Itulah ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan.

Beliau yang memerintah negara selama 22 tahun, berkata Anwar tidak boleh diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan.

Isnin, 7 Januari 2013

ROS perlu siasat pemilihan CEC DAP


kongresdap513
Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lalu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bernama melaporkan Zahid berkata hanya ROS yang boleh menyiasat perkara itu.

"Dan jika didapati ketelusan tidak ada maka mungkin ROS boleh mengeluarkan kenyataan terhadap hasil siasatan itu.

"Itu terpulang kepada ROS untuk mengharamkan DAP atau tidak," katanya.

Ahad, 6 Januari 2013

Ubah Keputusan Pemilihan Untuk Menangkan Kroni


Lim-Kit-Siang-and-Lim-Guan-Eng
KITA tahu sekarang tindakan Guan Eng mengubah keputusan pemilihan anggota CEC dengan memenangkan Setiausaha Politiknya sendiri, Zairil Khir Johari Bin Abdullah, bukan disebabkan nak memberi keutamaan kepada Melayu, sebab Zairil sudah jelas bukan Melayu, ibubapa biologinya adalah cina.

Jadi itu meninggalkan satu alasan sahaja kenapa Zairil perlu dimenangkan – kronisme/favoritism.  Budak ini datang macam roket juga, tak tahu apa jasa kepada DAP sebelum ini, tau-tau dilantik jadi Setpol Guan Eng, pertama kali bertanding CEC kalah, tapi dimenangkan Guan Eng.

Yang betul-betul Melayu dan sudah berpuluh tahun berjuang dalam DAP macam Ahmad Ton dan 6 calon yang lain, tak pulak dimenangkan Guan Eng.

Sabtu, 5 Januari 2013

Keperibadian Hadi menunjukkan beliau seorang yang tidak jujur


hadi-baruxx
Jika 30 tahun lalu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bikin kecoh dengan amanatnya mengkafirkan UMNO, kini Presiden PAS itu sengaja buat kecoh lagi juga berpunca amanat sama.

Kali ini beliau berkeras mahu RTM dan TV3 berinya sejam siaran langsung kononnya bagi memperjelaskan pasal Amanat Haji Hadi yang telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

Pada awalnya, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan RTM bersedia penuhi tuntutan Hadi.

Rais bagaimanapun mahu mufti serta tokoh agama akan dijemput menyertaiforum di televisyen bagi selesaikan kemelut berpunca amanat Hadi.

Jumaat, 4 Januari 2013

MasyaAllah! Haji Hadi Kafirkan Diri Sendiri!


Suatu ketika dahulu pada 7 April 1981, berlangsunglah satu ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu yang menampilkan Hadi Awang sebagai penceramah utama yang kemudiannya telah mencipta sejarah perpecahan ummah yang berpanjangan sehingga lebih dua dekad.  Semuanya gara-gara sebuah Amanat atau Fatwa yang disampaikannya, yang antaranya berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Khamis, 3 Januari 2013

Kalimah Allah : Tembelang Pembangkang Yang Makin Membusuk


Salam… Mahaguru fahaman pluralisme di Malaysia, Anwar Ibrahim amat gelisah apabila Pas membangkang gesaan DAP berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian di dalam Al Kitab (Injil).
Justeru, tidak mahu isu itu merebak kepada tahap menggugat kerjasama PKR, DAP dan Pas dalam Pakatan Rakyat, Anwar telah memanggil mesyuarat tergempar pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti untuk merungkai satu lagi krisis yang berpotensi meledak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Isu penggunaa kalimah ALLAH kembali menjadi panas apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghidupkan balik isu itu dalam perutusannya menjelang  sambutan Hari Krismas pada 24 Disember lalu.

Rabu, 2 Januari 2013

Mampukah PAS Pertahan Kalimah “Allah” Dari Dicemari DAP?


Father Lim
Nampaknya di saat tahun 2012 bakal melabuhkan tirai kalendarnya, DAP masih sempat untuk memberi tamparan hebat tepat ke muka PAS apabila Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan bahawa kalimah “Allah” itu bukan hak eksklusif umat Islam di negara ini.

Setiusaha DAP itu dalam perutusan perayaan Krismas baru-baru ini sengaja “mencurah minyak” apabila mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti mana diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Selasa, 1 Januari 2013

Ngeh Guna Wang Kongsi Gelap Biaya Pembelian Tanah Di Kelantan?


ngeh_kelantam-300x300
Skandal tanah yang melibatkan kerajaan Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham kini terbongkar seluas-luasnya sehingga tidak dapat ditutup, dinafikan mahupun didolak-dalihkan lagi.


Kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut kini perlu berhadapan bukan sahaja dengan rakyat dan pihak berkuasa tetapi juga dengan rakan-rakan dari parti mereka sendiri yang mula ‘mengangkat kening’ terhadap mereka seolah-olah berkata, ‘apahal mintak tolong kita orang?’.

Tiada yang tidak jelas, selain yang jelas-jelas belaka bahawa Ngeh Koo Ham merupakan pemilik syarikat Upaya Padu Sdn Bhd secara langsung dan juga secara tidak langsung iaitu melalui pemilikan syarikat lain, yang turut memiliki tersebut.  Secara teknikalnya, Upaya Padu adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...