Khamis, 28 Februari 2013

Hindraf kecewa dengan 'Manifesto Rakyat' - 'Lalang ditiup angin'


Post Pic
"MANIFESTO TERBAIK UNTUK HINDRAF"

SHAH ALAM: Hindraf menyuarakan "kekecewaan" terhadap manifesto Pakatan Rakyat, menyifatkan ia telah mengabaikan kepentingan masyarakat India di Malaysia.

"Pakatan telah memilih untuk sepenuhnya mengabaikan keperluan dan kepentingan masyarakat India di negara ini dalam janji-janji pilihan raya," kata Pengerusi, P Waythamoorthy dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengatakan bahawa janji-janji dalam manifesto mengatasi sempadan kaum.

Rabu, 27 Februari 2013

Tun Dr Mahathir bakal temui penduduk Marang


Kepimpinan Umno Bahagian Marang giat merangka pelbagai strategi dan program bagi merealisasikan impian banyak pihak untuk ‘menawan’ semula kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.

 Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar berkata, antara program yang dicadangkan di Parlimen Marang dalam tempoh terdekat, membawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menyampaikan amanat kepada semua lapisan masyarakat, pada 2 Mac depan.

Katanya, majlis anjuran panel Perundingan Pertbubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri itu dijangka dihadiri lebih 4,000 orang mewakili jabatan kerajaan, pertubuhan kebajikan dan NGO di kawasan berkenaan. 


Selasa, 26 Februari 2013

Manifesto PR gagal martabatkan Islam dan negara jadi Muflis: Dr Hasan



SHAH ALAM: Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan manifesto yang dibentangkan pakatan pembangkang hari ini gagal mengangkat martabat Melayu dan Islam di negara ini.

Beliau mendakwa manifesto 35 halaman itu merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan kemelayuannya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.

Isnin, 25 Februari 2013

HARAKAH DAILY KETERLALUAN MENJATUHKAN MARUAH RAJA-RAJA


Harakah Daily putar belit titah ucapan Raja Nazrin

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Media rasmi Pas, Harakah Daily terus memutar belit titah ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah konon parti itu jauh lebih baik berbanding UMNO.

Media tersebut pada Rabu lalu melaporkan titah ucapan baginda pada majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dimanipulasikan sehingga menggambarkan Raja Nazrin berpihak kepada parti tersebut.

Ahad, 24 Februari 2013

Mana suara isteri P E L I W A T ????


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak menyatakan pendiriannya berhubung spekulasi penolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh Majlis Syura Ulama Pas seandainya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sikap mengunci mulut Presiden PKR itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli PKR dan seluruh rakyat Malaysia.

Jumaat, 22 Februari 2013

Tiada Sebab Penjawat Awam Tukar Kerajaan – Cuepacs


KUALA LUMPUR: Penjawat awam tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pertukaran itu belum mampu menjanjikan kemajuan dan kestabilan negara, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman.
Omar berkata hampir kesemua tuntutan mereka telah ditunaikan sekaligus membuktikan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa peka dan dekat dengan penjawat awam.
“Tidak ada sebab untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada pihak yang belum tentu dapat menjamin apa-apa.

Khamis, 21 Februari 2013

MENTERI BESAR MENGAKU PANDAI TAPI BODOH DAN TAK TAHU MENTADBIR NEGERI


ALOR SETAR: Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu. 

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa. 

Selasa, 19 Februari 2013

ANWAR IBRAHIM YG MENDALANGI SENATOR NICK XENOPHON DATANG KE MALAYSIA


Seorang pengulas kanan Australia menganggap Senator Nick Xenophon bertindak ”bodoh atau sengaja mempromosi diri” berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.
Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata, tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah ”bodoh dan tidak praktikal”.
Sheridan juga menuduh Xenophon ”berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia - pihak pembangkang”.

Ahad, 17 Februari 2013

KELUAR PAKATAN ....HAUS NAK JADI PM ???



Kebimbangan Hadi Awang tidak dapat diselindung lagi ekoran semakin ramai ahli PAS bertindak mengikut jejak beberapa pemimpin PAS yang dipecat dan meninggalkan parti. Ini dapat dilihat apabila tindakan Hadi semalam telah menyuarakan hasratnya untuk keluar dari pakatan di hadapan 10,000 hadirin perhimpunan kebangkitan rakyat di Kuala Nerus, semalam.  

Sabtu, 16 Februari 2013

'Benar! beri undi kepada Pas haram'


KOTA BHARU 14 Feb. - "Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."

Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.

Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.

Rabu, 13 Februari 2013

TERLALU KURANG AJAR - TINDAKAN UNDANG2 TIDAK MENCUKUPI ???



GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan. 

"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu. 

Selasa, 12 Februari 2013

PEMBOHONGAN PAS KELANTAN KIAN PENGHUJUNG

GAMBAR dari udara menunjukkan penggodolan bukit-bukau secara berleluasa akibat aktiviti pembalakan yang tidak terancang di kawasan Lojing untuk projek pertanian mega. Akibat aktiviti pembalakan tersebut menyebabkan pencemaran air Sungai Belatop sehingga menyebabkan masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut terpaksa mencari sumber air alternatif untuk menyambung kehidupan mereka. - BERNAMA

KOTA BHARU 11 Feb. - Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), sebuah pertubuhan bukan kerajaan mendedahkan kerakusan kerajaan negeri memberi konsesi pembalakan tanpa kawalan kepada beberapa syarikat untuk tujuan pembangunan pertanian mega dan Ladang Rakyat.

Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video dari udara berdurasi lebih 10 minit yang jelas memaparkan penggodolan beberapa buah bukit, bermula dari Dabong, Kuala Krai ke Neggiri, Gua Musang, didakwa membabitkan ratusan hektar tanah termasuk hutan simpan.

Sabtu, 9 Februari 2013

Kalimah Allah: Lagi NGO, ahli Pas buat bantahan


GEORGETOWN 8 Feb. - Kira-kira 30 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan anggota Pas di negeri ini mengadakan himpunan bagi mendesak pemimpin pakatan pembangkang menarik semula keputusan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Jurucakap Jaringan Melayu Pulau Pinang (JMPP), Arif Ibrahim berkata, tindakan pakatan pembangkang yang terus berdegil dan mempertahankan pendirian mereka menyebabkan isu itu terus menjadi polemik masyarakat yang tidak berkesudahan.

Jumaat, 8 Februari 2013

NASHARUDIN MAT ISA PECAH RAHSIA PAS!


Kenapakah PAS masih ENGGAN dan MENOLAK sekerasnya usaha untuk Melayu dan ISLAM bersatu membina uhkwah dan kerjasama politik sebaliknya lebih rela bersama-sama KAFIR HARBI LAKNATULLAH DAP dan PKR PLURALISME dan LIBERALISME... kenapa???

Khamis, 7 Februari 2013

Surat Sokongan Dari Pertubuhan Gereja Sabah - Patutlah Anwar Ibrahim Bersungguh Pertahankan Nama Allah Dalam Bible


Fahamlah kita sekarang kenapa Anwar Ibrahim beria-ria sekali mempertahankan kalimah Allah digunakan di dalam Bible Melayu. Fahamlah kita kenapa beliau berdiam diri apabila berlaku pertelingkahan di antara pemimpin-pemimpin DAPig dengan ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS. 

Rabu, 6 Februari 2013

PULUHAN RIBU ELAUN YANG DITERIMA HAJI HADI PUN HARAM ????



Haji Hadi hanya pandai bercakap di luar Negeri Terengganu. Petikan ucapannya  di POKOK SENA: “Pemerintahan Umno selama lebih 50 tahun tidak menyelesaikan banyak masalah rakyat berbanding 4 tahun di negeri ditadbir Pakatan Rakyat, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Kita beri masa kepada mereka 50 tahun. Lihat sahaja Malaysia Timur; Sabah dan Sarawak. Sarawak, rakyat paling miskin sedangkan hasil (mahsulnya) banyak. Hasil minyak, balak dan lain-lain. Jika pergi ke kawasan pedalaman, mereka (rakyat) diperlukan masa pilihan raya sahaja, selepas itu ditinggalkan, dibebalkan dan dibuta hurufkan. Sabah juga begitu.

Selasa, 5 Februari 2013

Pembangkang semakin berani untuk mengulangi 13 Mei 1969


Anwar Makin JIJIK ... Hasut Cina UNTUK BAKAR LYNAS


Makin terdesak pembangkang pada waktu ini ...

Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, Presiden kumpulan aktivis Himpunan Hijau Wong Tack berkata beliau sendiri akan membakar loji berkenaan sekiranya ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum.

Isnin, 4 Februari 2013

Prof Dr Shamsul Amri kata rakyat Malaysia lebih suka bertikam lidah daripada berparang. Mungkin tidak lagi!


Dahulu, pada tahun 2008, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin percaya bahawa rakyat Malaysia lebih gemar pendekatan 'bertikam lidah' daripada 'berparang' dalam menyelesaikan sesuatu hal. 

Dalam erti kata lain, beliau kata rakyat Malaysia dirumus sebagai orang yang lebih suka berunding berbanding menggunakan kekerasan untuk mencapai sesuatu penyelesaian dalam hubungan pelbagai kaum.

Mungkin apa yang dirumus oleh Prof Dr Shamsul Amri itu tidak lagi relevan pada hari ini. 

Mungkin rumusan Dr Shamsul Amri sudah boleh ditukar bagi menggambarkan suasana sebenar politik pasca PRU-12 kini. 

Ahad, 3 Februari 2013

Kalimah Allah: Isu ini BELUM SELESAI tegas Karpal Singh


GEORGETOWN - Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

Sabtu, 2 Februari 2013

Isu Bible: Polis ambil keterangan Ibrahim Ali, Roslan Kassim


ibrahimali2
Polis Pulau Pinang telah merekodkan keterangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Penerangannya, Roslan Kassim bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ada pihak menganjurkan perhimpunan membakar Bible versi bahasa Melayu di negeri ini.

Bernama melaporkan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata ada pihak mendakwa perhimpunan membakar Bible itu diadakan di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth, dekat sini Ahad lepas.

Bagaimanapun polis mengesahkan tiada sebarang perhimpunan sedemikian diadakan di Padang Bandaran Bagan Luar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...