Khamis, 9 Mei 2013

Peringatan untuk Melayu


BAYANGKAN situasi yang membakar hati kami. Ketika kita orang Melayu mengaminkan doa, memohon restu ke hadrat Allah, sekumpulan kecil penyokong DAP berkahak dan berludah.

Apakah erti semuanya ini?

Kami melalui pengalaman yang mengguris hati ini ketika selesai keputusan pilihan raya di Parlimen Kluang, Johor baru-baru ini.

Penyokong DAP sudah tidak hormat lagi kepada orang Melayu. Mereka sudah tidak ada hormat lagi kepada agama Islam. Jika masih ada hormat, masakan ada yang berkahak dan berludah ketika kita sedang mengaminkan doa.

Orang Melayu tewas 1-2 kepada parti cauvinis Cina. Barisan Nasional (BN) tewas kepada DAP di Parlimen Kluang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol (kedua-kedua kawasan ini majoritinya orang Cina). Kita hanya menang di DUN Mahkota, kerana hanya di sini orang Melayu membentuk majoriti. Kita dibantu oleh orang India yang kenal erti setiakawan.

Maksudnya apa? Di Kluang, majoritinya adalah orang Cina. Justeru, hampir seluruh orang Cina Kluang mengundi untuk DAP (kecuali ahli MCA, Gerakan dan komponen lain). Pas yang bertanding di DUN Mahkota tewas kepada calon BN yang diwakili UMNO. Terima kasih orang Melayu Kluang kerana masih mahu negara ini ditadbir oleh BN yang tunjangnya adalah UMNO.

Orang Melayu masih yakin bahawa UMNO adalah parti tunjang BN yang akan membela nasib orang Melayu.KLIK SINI

Selasa, 7 Mei 2013

HARAPAN ESOK: PANAS!!! Cara Kempen Perkauman Lagi Rasis DAP Terbongkar Tidak Sengaja - Mesti Baca


Please fwd!!!!!! 

PERHATIAN!!! 

Risalah ini adalah risalah asal dlm bahasa Cina yg telah saya alihkan ke dlm bahasa Melayu. Saya terima risalah ini semasa saya berada di Melaka. Oleh kerana saya boleh bertutur dlm bahasa Cina dan bergauldgn org Cina mereka mengedarkan risalah ini kerana menyangka saya org Cina…
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu

Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...