Isnin, 23 September 2013

Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di satu era yang serba mencabar

SYABAS DAN TANHIAN PDRM

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh antara 9,838 pegawai, anggota dan pegawai awam di seluruh negara yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 dalam satu majlis hari ini.

Anugerah disampaikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman di sini kepada wakil jabatan masing-masing.

Mohd. Bakri dalam ucapannya berkata, setiap penerima bukan sahaja menerima sijil APC, tetapi Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1,000 serta berpeluang dicalonkan sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri.

"Kita sebagai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di satu era yang serba mencabar, dengan ekspektasi masyarakat terhadap perkhidmatan kita semakin bertambah.

"Maka di dalam iklim dunia yang sentiasa berubah, para penjawat awam juga perlu bersedia mentransformasikan diri dengan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran berkaitan untuk menghadapi cabaran masa hadapan," katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...