Khamis, 31 Oktober 2013

Amalan selepas solat


Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkanأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.)selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)

Ahad, 27 Oktober 2013

Tuntutan Comango cetus porak-peranda dalam negara dan ancam Islam



Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) yang dibarisi kelompok antikerajaan dan pro pembangkang merupakan kumpulan `minoriti dalam minoriti’ yang bertindak mewujudkan kekacauan dan menjejaskan keharmonian yang dikecapi negara sejak merdeka.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata hampir 70 peratus Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menganggotai Comango tidak berdaftar, sebahagiannya berdaftar di bawah Pendaftar Syarikat (ROC) dan sebahagian kecil lagi berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Tetapi disebabkan mereka gambarkan kepada masyarakat dunia bahawa mereka mewakili suara Malaysia dengan gabungan yang sebegitu besar. 


“Ini yang saya risau kerana mereka memberikan tanggapan yang negatif kepada masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia, seolah-olah Malaysia ini menafikan hak majoriti, walhal kelompok yang dikatakan `minoriti dalam minoriti’ yang bersuara ini yang cuba mencetuskan sesuatu yang cuba memprorak-perandakan keharmonian yang selama ini kita capai dalam tempoh merdeka,” katanya di sidang media sempena Wacana Pemantapan Akidah 2013 (kristianisasi, liberalisme & syiah) peringkat Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir , Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB Haji Mohd Zubir Embong dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Saleh.

Sehubungan itu, Dr Asyraf berkata, Malaysia menghantar 20 wakil rasmi ke Mesyuarat Semakan Berkala Universal Mengenai Prestasi Hak Asasi Manusia (UNHRC), Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geneva, Switzerland bertujuan memberi pendedahan dan perspektif sebenar serta berbeza dengan apa yang cuba dituntut oleh Comango.

KLIK DISINI untuk berita selanjutnya.

Sabtu, 26 Oktober 2013

MUNGKIN MELIBATKAN AGENSI PENGUATKUASAAN BERKAITAN ???

Penyeludupan rokok makin galak

Kuala Lumpur: Keuntungan RM1bilion setahun. Itu pendapatan lumayan diperoleh penyeludup rokok di negara ini menyebabkan mereka sanggup melakukan apa saja termasuk terbabit dalam jenayah demi mempertahankan keuntungan itu.
Ini kerana jualan rokok adalah aliran tunai paling mudah diperoleh berbanding menyeludup barangan lain yang lebih berisiko daripada segi hukuman jika tertangkap.
Sehubungan itu, setiap perokok yang membeli rokok seludup sebenarnya turut menyumbang kepada kegiatan jenayah di negara ini seperti gangsterisme, pelacuran, kongsi gelap dan peras ugut.

Sekalipun kerajaan kerugian dari segi cukai rokok, namun tidak banyak yang dapat dibuat dalam usaha pembanterasan kerana harga rokok yang mahal di pasaran secara tidak langsung mendorong penyeludupan rokok.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Anak derhaka, biadab

KUALA TERENGGANU - Seorang anak layak digelar anak derhaka kerana bukan sahaja bertindak biadab menolak ibunya sehingga jatuh, malah lebih tidak berperikemanusiaan, dia turut cuba mencederakan mangsa menggunakan sebilah sabit, dalam satu kejadian di Kampung Dendang, Dungun, Ahad lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 4 petang itu, suspek berusia 20-an, dipercayai 'naik hantu' selepas kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak dipenuhi mangsa, 50-an.

“Sebelum kejadian, suspek yang merupakan anak bongsu telah menghampiri mangsa yang ketika itu berada bersendirian di rumah untuk meminta sejumlah wang.

Khamis, 24 Oktober 2013

Sampai kiamat Islam tak terima tuntutan mereka

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
SAMPAI kiamat pun Islam tidak akan terima tuntutan yang dibuat Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kerana ia bercanggah dengan Islam dan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tuntutan itu lebih bersifat hak asasi manusia, bukan hak beragama Islam.

“Saya lihat Comango memperjuangkan hak itu (tuntutan) berdasarkan pentakrifan mereka tentang sesuatu agama kerana golongan sebegini diibaratkan seperti tiada Tuhan.

“Malah mereka percaya apa yang diperjuangkan lebih suci dan perlu dipenuhi. Padahal Islam menganggap tuntutan itu adalah kufur serta salah di sisi agama,” katanya.

Dr Asri berkata, umat Islam tidak akan membiarkan tuntutan Comango yang telah diamalkan di beberapa negara barat seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, dihalalkan di negara ini.

Katanya, Comango tidak sepatutnya membuat tuntutan sedemikian, malah mereka sepatutnya menghormati agama ini sebagai satu budaya dalam masyarakat.

Beliau yakin, umat Islam tidak akan mengiktiraf tuntutan sedemikian kerana Islam mempunyai pegangan tersendiri.


“Kita berpegang pada al-Quran dan hadis. Saya yakin tidak mungkin berjaya membuat tuntutan itu di negara Islam meskipun mereka berjaya di negara Kristian.” katanya.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Kempen Sampai Naik Meluat & Bidaan Pada Tahap Tertinggi...

KHABARNYA, laporan daripada ejen-ejen dan kawan-kawan sama ada yang bertanding atau tidak bertanding ialah calon-calon untuk kerusi naib presiden Umno, Majlis Tertinggi (MT) dan kepimpinan bahagian masih giat berkempen (secara sihat dan tidak sihat) untuk menang dalam pemilihan parti itu pada Sabtu.
Di bahagian, para panglima perang yang telah bertahan pada jawatan yang sama sejak berkurun lamanya enggan melepaskan jawatan dan sedang berjuang untuk mempertahankannya sehingga "ke titis darah terakhir".
Malah ada muka lama yang telah sekian lama berpencen mahu kembali menyandang jawatan yang suatu ketika dahulu mereka lepaskan sama ada secara sukarela atau dalam keterpaksaan kepada orang lain.
Muka baru pula merasakan inilah masanya untuk mereka bertapak kukuh di bahagian agar masa depan karier politik mereka terus maju ke hadapan.
Tapi yang pasti, mempertahankan jawatan adalah jauh lebih sukar dan payah daripada merampasnya dari tangan orang lain.
Yang paling ketara ialah calon-calon yang menyandang jawatan di peringkat nasional sama ada sebagai menteri, timbalan menteri, pengerusi agensi dan apa sahaja, mengambil iklan sebesar yang mungkin di dalam media-media cetak utama negara dengan harapan, kerja mereka dibaca, dihayati dan diiktiraf oleh para perwakilan yang bakal mengundi.
Ada yang menggunakan strategi yang lebih ke hadapan dengan membeli naskhah akhbar di mana cerita atau rencana pengiklanan mereka tersiar dan mengedarkannya secara percuma di bahagian-bahagian.
Ada seorang menteri itu, wajahnya sama ada dalam bentuk iklan atau rencana iklan yang ditempah oleh sama ada kementerian atau agensi di bawah kementeriannya boleh dikatakan keluar setiap hari di dalam akhbar.
KLIK DISINI untuk berita selanjutnya

Khamis, 17 Oktober 2013

KALAU DAH BAPAK SYAITAN TETAP BAPAK SYAITAN JUGAK !!!

YA ALLAH YA TUHAN KU, ENGKAU CABUTKANLAH NYAWA USTAZ NUAR AL-JUBURI AGAR TIDAK MENYUSAHKAN UMAT MU DIMASA KINI DAN KEMUDIAN HARI. AMIN.

Pakatan Rakyat (PR) kekal dengan pendirian bukan Islam boleh menggunakan kalimah "Allah" seperti yang diputuskan Majlis Pimpinan PR pada Januari lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menegaskan pendirian PR konsisten dalam isu kalimah "Allah", selagi ia tidak disalahgunakan oleh penganut agama lain.
"Pakatan Rakyat kekal konsisten dengan pendirian kami dahulu.
"Cuma sekarang kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan menggunakan kebijaksanaan dalam menangani isu ini," kata Anwar dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali dan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam sidang media sama juga senada dengan pendirian tersebut, apabila disoal wartawan terhadap reaksi keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Rabu, 16 Oktober 2013

Kalimah Allah: Pemimpin Islam Sambut Baik Keputusan Mahkamah

PETALING JAYA: Pemimpin Islam menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin untuk tidak membenarkan majalah mingguan Katolik, The Herald menggunakan kalimah 'Allah' dalam edisi bahasa Melayu.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor berkata majlis itu menyokong keputusan berkenaan.
Beliau berkata ini selaras dengan fatwa yang dikeluarkan pada 2008 yang menyatakan bahawa 'Allah' adalah perkataan suci yang khusus kepada Islam dan masyarakat Islam serta ia tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
"Kami sering menyatakan bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif untuk orang Islam, jadi kami menerima keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan keputusan itu adalah tepat walaupun presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata ia tidak salah bagi orang bukan Islam untuk menggunakan istilah itu, dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan disalah tafsir.

Selasa, 15 Oktober 2013

Bumi Anbiya yang musnah

SUATU ketika dulu Aleppo antara bandar raya terbesar di Syria. Kota itu kini sudah jadi padang jarak, padang tekukur. Lenyap angkara sengketa, perang sesama warga.

Kota yang pernah diiktiraf sebagai ‘Ibu kota Kebudayaan Islam 2006’ itu kini sudah jadi bandar berhantu. Bangunan yang sebelum ini gah berdiri sudah ranap, rebah menyembah bumi.

Keadaan sama juga dapat disaksikan hampir di seluruh kawasan di Syria selepas berlakunya kebangkitan rakyat di negara itu pada Mac 2011 akibat kekejaman kerajaan pemerintah dari parti Ba'ath. Hampir 80 peratus Syria telah musnah malah ada sesetengah kawasan yang dahulunya meriah dengan manusia, kini sudah tidak layak untuk didiami lagi.

Ahad, 13 Oktober 2013

Undang-undang pencegahan ajaran Syiah perlu diperkasakan


GEORGETOWN - Undang-undang pencegahan yang tegas perlu diwujudkan bagi mengekang ajaran Syiah di negara ini yang dipercayai dianuti oleh 200,000 hingga 300,000 orang setakat ini.

Ketika membuat saranan itu, Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Md Zain Al-Ghari berkata, terdapat keperluan segera dalam menyekat penyebaran ajaran tersebut kerana ada pembabitan orang politik serta tokoh korporat.

Pembabitan mereka ini sangat berbahaya kerana boleh mempengaruhi masyarakat secara halus menerusi penyebaran ideologi dan juga produk, katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya kepada Kestabilan Negara' dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.


KEPUTUSAN TERKINI SEHINGGA JAM 0030 HRS 13/10/2013





Sabtu, 12 Oktober 2013

Perkasa mahu tarik belia sertai Umno

Perkasa mahu menarik seberapa ramai golongan belia menyertai Umno bagi mengukuhkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).

Ketua Penerangan Perkasa Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar, berkata pihaknya terpanggil untuk berbuat demikian lebih awal bagi memastikan golongan belia tidak ditarik menyertai pembangkang.

 “Lebih baik golongan muda ini ditarik menjadi ahli Umno lebih awal dan didedahkan dengan pelbagai program yang boleh menarik minat mereka menyokong kerajaan supaya mereka tidak terpengaruh untuk memihak kepada pembangkang.


“Saya bimbang jika mereka dibiarkan begitu saja pihak pembangkang akan mengambil kesempatan menghasut belia membenci kerajaan dan ini akan memberi impak yang besar kepada kerajaan dan BN pada PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berharap niat murni pihaknya membantu memperkasakan Umno itu disambut baik semua pihak dan bantuan yang sewajarnya diberikan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

 “Perkasa juga berharap NGO lain akan mengambil tindakan yang sama bagi membantu mengukuhkan Kerajaan BN yang diterajui Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said,” katanya

Jumaat, 11 Oktober 2013

YB Ghazali Taib mengesahkan Terengganu bebas dari fahaman Syiah

JANGAN TERLALU CEPAT MELATAH DENGAN PENGESAHAN YANG DIBUAT OLEH YB GHAZALI TAIB. KLIK

KETUA DEWAN ULAMA PAS, DATUK HARUN TAIB PUN TIDAK BERANI UNTUK MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA PENGIKUT PAS TIDAK TERLIBAT DENGAN SYIAH. KLIK

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib mengesahkan Terengganu bebas dari fahaman Syiah.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk kepimpinan di peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), imam, bilal, ketua komuniti dan masyarakat tidak ada lokasi khusus yang dijadikan tempat penularan fahaman Syiah di Terengganu.


Malah katanya, setakat ini tiada lagi individu yang terlibat dan ditangkap berkaitan dengan fahaman Syiah di negeri ini.

“Kalau ada risalah itu hanya satu provokasi untuk melihat bahawa seolah-olah Syiah berada di Terengganu.

“Saya mewakili kerajaan negeri menafikan sama sekali bahawa fahaman Syiah menular di negeri ini kerana semua daerah di Teregganu telah disahkan bebas daripada fahaman Syiah,” tegasnya.

Berita selanjutnya KLIK SINI

Khamis, 10 Oktober 2013

Kerjasama Pas dalam DAP, PKR rugikan orang Melayu Islam

Kerjasama antara Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya merugikan orang Melayu dan menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.

Sehubungan itu, Pas digesa mengkaji semula hubungan itu yang boleh menyebabkan orang Melayu hilang keyakinan terhadap parti tersebut seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Pas perlu sedar tentang sikap bermuka-muka DAP terhadap orang Melayu serta mengamalkan politik perkauman sempit.

"DAP sebenarnya tidak bersikap jujur terhadap orang Melayu dan Pas sendiri, namun pimpinan Pas Pusat bagaikan tidak sedar perkara ini berlaku.

"Jadi saya mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan DAP agar tidak merugikan masa depan orang Melayu serta boleh menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap parti yang memperjuangkan agama itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Selain itu, ujarnya, sukar disangkal lagi bahawa DAP adalah parti cauvinis yang akan menyekat semua agenda Islam yang ingin dibawa oleh Pas .

Sehubungan itu Mohamed Hafiz menyokong penuh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyarankan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula tahaluf siyasi parti itu dengan PKR dan DAP.

Jelasnya, perwakilan pada Muktamar Pas ke-59 November ini juga diingatkan agar mendokong kepimpinan ulama yang merupakan teras kepimpinan dalam Pas.

"Jawatan Timbalan Presiden Pas harus dikembalikan kepada ulama yang benar-benar memahami Islam dan situasi semasa serta mampu berijtihad dalam keadaan-keadaan tertentu," ujarnya.

"Kami sentiasa bersama Ketua Ulama Pas serta seluruh kepimpinan ulama dalam Pas yang menuntut kepimpinan ulama ditegakkan kembali di dalam Pas," ujarnya.

Sumber:utusanmalaysia

Rabu, 9 Oktober 2013

Polis tembak mati tiga penjenayah dipercayai terbabit kes samun

Foto
TAHNIAH PDRM TERUSKAN USAHA PEMBENTERASAN HINGGA KE AKAR UMBI 


Kuala Lumpur: Polis menembak mati tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam kes samun luar bank dan baru empat jam menyamun seorang wanita di Bayu Perdana Klang.

Kejadian berbalas tembakan itu berlaku di Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuh Raya Duke kira-kira jam 3 petang tadi iaitu selepas mengekori mereka menaiki dua kereta PROTON Wira dan sebuah motosikal dari Klang Selatan. 
Ketiga tiga suspek dilaporkan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta PROTON Wira selepas menyamun dan melarikan wang tunai RM2,000 mangsa yang berusia 39 tahun pada kira kira jam 11.30 pagi. 

Selasa, 8 Oktober 2013

KES TERPENCIL - PERAGUT SEMAKIN MENGGANAS ??

Biasanya wanita ini lain cerita pulak - lelaki cedera diragut.


KUALA LUMPUR – Seorang warga emas nyaris maut apabila terhumban ke dalam longkang selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya akibat cuba diragut oleh dua lelaki dalam kejadian di Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini semalam.
Kejadian pada pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika pengedar surat khabar, Luo Kian Hua, 64, diekori suspek yang menaiki sebuah motosikal ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Suspek kemudian cuba menarik beg pinggang mangsa yang mengandungi wang dan beberapa dokumen peribadi namun tidak berjaya mengakibatkan motosikal ditunggang lelaki itu terbabas lalu terhumban ke dalam longkang sedalam satu meter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...