Selasa, 26 November 2013

Denda lebih tinggi jika MyKad hilang

IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi. 
Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baru, katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. 

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Okt tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad yang dilaporkan kepada polis bagi memastikan ia benar-benar hilang dan tidak berkaitan penipuan atau diambil kesempatan oleh pihak sindiket. 

"Kita akan mencari jalan untuk membantu mereka yang benar-benar kehilangan tetapi jika siasatan pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati ia (MyKad) digunakan bagi tujuan tertentu, satu kadar denda yang tinggi akan dilaksanakan oleh pihak KDN," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata arahan telah dikeluarkan oleh Bukit Aman supaya waran tangkap dan saman dalam Ops Cantas Khas Trafik dikemukakan kepada pesalah bukan hanya di kediaman malah di pejabat serta premis perniagaan seperti yang ditentukan mengikut undang-undang. 

"Dalam hal ini polis tidak mempunyai kepentingan, kami hanya melaksanakan undang-undang. Dalam akhbar berbahasa Cina melaporkan polis menghantar saman kepada orang yang mati, memang ada di mana yang disaman itu telah meninggal dunia selepas itu (disaman) tetapi ini adalah kes terpencil," katanya. 

Beliau berkata, situasi pesalah telah meninggal dunia atau berpindah tidak boleh dianggap kelemahan polis kerana waran tangkap dan saman adalah berdasarkan nama dan alamat yang dikeluarkan. 

Akhbar hari ini melaporkan polis kini memulakan gerakan besar-besaran untuk menahan 251,273 pesalah trafik di seluruh negara yang mempunyai lebih daripada dua waran tangkap di rumah, tempat kerja dan sekatan jalan raya. 

Ia adalah susulan Ops Cantas Khas Trafik sejak 13 Okt lepas untuk mengesan dan menasihati 1.7 juta pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap kerana pelbagai kesalahan lalu lintas sejak lima tahun lepas. - Bernama

Sabtu, 23 November 2013

MAMPUS LAH ANUAR KALI NE ????


Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menarik diri kerana 'BESAN'

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini menarik diri daripada panel tiga anggota mahkamah itu bagi mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas. 

Hakim Mohtarudin berkata, beliau dan Anwar "berkongsi besan" dan berikutan hubungan peribadi itu, mereka pasti akan bertemu dalam mana-mana kenduri.

"Saya berasa tidak selesa untuk mendengar rayuan ini. Saya ingin menarik diri," katanya.

Panel itu dipengerusikan oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dijadual menengar rayuan Ketua Pembangkang itu hari ini tetapi pendengaran itu dijadualkan semula ke 5 Februari tahun depan selepas Hakim Mohtarudin menarik diri.

Jumaat, 22 November 2013

PEMIMPIN PAS BODOH BAHASA INGGERIS - KAPAL PUSING ??



Pengerusi DAP, Karpal Singh menyelar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kerana didakwa tidak mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris.


Jelas beliau, kekurangan itu menyebabkan kedua-dua pemimpin kanan PAS tersebut salah faham berhubung kenyataannya yang menggesa supaya pendaftaran parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum dan agama dibatalkan baru-baru ini.

“Saya terkejut beberapa pemimpin PAS yang jahil Bahasa Inggeris secara terbuka mengkritik gesaan saya. Saya tekankan pada sidang akhbar berbahasa Inggeris tersebut dengan `provideda kaveat’ dalam kes PAS kerana PAS sebuah parti politik yang membuka pintunya kepada kaum lain kerana mempunyai unit dalam kalangan bukan penyokong bukan Muslim.

“Oleh itu saya berharap pemimpin PAS yang mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dapat menerangkan kepada Raja Ahmad dan Mahfuz apa sebenarnya maksud yang cuba disampaikan dalam sidang media berbahasa Inggeris pada 5 November lalu itu,” katanya melalui satu kenyataan media.

Khamis, 21 November 2013

Anwar Beri Penjelasan Dakwaan 40,000 Pengundi Hantu Bukan Hanya Rakyat Bangladesh termasuk dirinya ???

Kenyataan pemimpin yang banggang
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menjelaskan dakwaan beliau mengenai 40,000 pendundi hantu di bawa masuk ke negara ini beberapa hari sebelum Pilihan Raya umum ke-13 (PRU-13) berlangsung tidak merujuk kepada warga Bangladesh semata-mata.
Pada sidang media di Lobi Parlimen pada Rabu, beliau mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah 'mengelirukan rakyat' apabila berkata Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya telah mendaftatkan lebih 40,000 rakyat Bangladesh sebagai pengundi.
"Kita telah memberi penjelasan dan melakukan pencarian, tidak ada rekod yang menyatakan saya mendakwa terdapat 40, 000 warga Bangladesh didaftarkan sebagai pengundi.
"Apa yang saya maksudkan ialah terdapat pengundi yang meragukan diterbangkan melalui penerbangan yang ditempah khas dari Sabah dan Sarawak," katanya.
Anwar menjelaskan pihaknya mempunyai bukti dalam bentuk gambar foto serta dokumen yang menunjukkan 16 penerbangan ditempah khas dari Semenanjung Malaysia setiap hari ke beberapa lokasi di Malaysia Timur.
Pada 2 Mei lalu, Anwar mendakwa sekurang-kurang 40,500 orang diterbangkan menaiki penerbangan yang ditempah khas dengan kebanyakan penumpang dipercayai terdiri daripada warga asing.
"Soalan saya bagaimana mereka ini boleh didaftarkan sebagai pengundi awal, bersama-sama dengan anggota polis dan tentera.
"Najib melemparkan persoalan itu ketepi sebaliknya beliau meminta perdana menteri Bangladesh menafikan kewujudan 40, 000 pengundi Bangladesh.
"Bagaiamana beliau tahu? Ini adalah satu isu domestik yang seharusnya dipantau oleh SPR," katanya.
Anwar turut mendakwa tuduhan megenai 40, 000 rakyat Bangladesh didaftarkan sebagai pengundi itu telah 'diputarbelitkan' oleh bloger pro-Umno.

Isnin, 18 November 2013

MELAYU PALING RAMAI JADI MAT REMPIT


Kajian menunjukkan lumba motosikal jalanan haram yang sering mencetuskan ketidaksenangan orang ramai terutama pengguna jalan raya terdiri dalam kalangan remaja lelaki Melayu berusia 15 hingga 25 tahun.

Ketua Program Kem Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa), Universiti Kebangsaaan Malaysia, Prof Madya Dr Rozmi Ismail berkata, pelumba tersebut kebiasaannya datang dari keluarga yang mempunyai taraf ekonomi rendah dan tinggal di kawasan miskin atau kos rendah sama ada di bandar atau pinggir bandar.

“Malah golongan yang lebih dikenali sebagai Mat Rempit ini ketinggalan pelajaran, kebanyakannya belajar sehingga usia 16 tahun dan bekerja sebagai antaranya ‘office boys’, penghantar surat, operator pengeluaran, mekanik, penjual burger dan pembantu jualan.

"Mereka terlibat gejala rempit termasuk bagi memenuhi masa lapang, berhibur, mencari aktiviti mencabar, menunjukkan aksi akrobatik untuk menjadi hero, melepaskan tekanan dan kemarahan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan kertas kerja dalam seminar Keselamatan Jalan Raya sempena Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-54 di sini, semalam.

Rozmi berkata, kajian itu dilakukan terhadap empat kumpulan peserta berasingan melalui pemerhatian, tinjauan dan temu ramah dari Mei 2010 hingga Jun 2012.

Beliau antara enam pembentang kertas kerja selain Penasihat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Suret Singh di hadapan kira-kira 300 peserta seminar berkenaan.



Wakil dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Sirim, Jabatan Pengangkutan Jalan, Petronas StreetSmart dan Jabatan Peserta turut membentangkan kertas kerja antaranya mengenai pengurusan keselamatan jalan raya dan perlaksanaan kurikulum pendidikan pemandu baharu berteraskan hasil pembelajaran.

Jumaat, 15 November 2013

Tahniah: Terengganu 12 kali menduduki carta pertama UPSR



Terengganu terus melakar sejarah dalam bidang pendidikan apabila merekodkan keputusan terbaik dan berjaya menduduki carta pertama dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi seluruh negeri yang diumumkan serentak, hari ini.


Menteri Besar, Dato Seri Haji Ahmad Said berkata, pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A turut meningkat sebanyak 0.78 peratus, iaitu daripada 13.22 peratus pada tahun lalu kepada 14.00 peratus pada kali ini.



"Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana tahun ini merupakan kali ke-12 Terengganu menduduki carta pertama dalam UPSR.

"Tahun lepas kita agak malang sedikit kerana keputusan UPSR merosot dan jatuh nombor dua, tetapi alhamdulillah berkat kesungguhan pelajar dan kerjasama semua pihak kita berjaya kembali menduduki carta terbaik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Menteri Besar Bersama PIBG Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, kemaman, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri mengadakan banyak program untuk melihat anak-anak Terengganu kekal cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan peringkat yang lebih tinggi termasuk mengadakan kelas tuisyen, kursus motivasi dan sebagainya.

"Setiap tahun lebih RM300 juta kerajaan negeri peruntukan perbelanjaan untuk bidang pendidikan di negeri ini dan Terengganu merupakan antara negeri yang paling tinggi memperuntukan bajet untuk tujuan tersebut,” ujarnya.

Katanya, secara peribadi beliau masih lagi belum berpuas hati dengan pencapaian UPSR pada kali ini walaupun masih ada dua kali peperiksaan UPSR sebelum dimansuhkan.

"Di bawah program 201052, kerajaan negeri mensasarkan 20 peratus calon UPSR mencapai semua A. Tetapi tahun ini 14 peratus sahaja. Walaupun terbaik tetapi masih belum mencapai target yang kita harapkan,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang, ibu bapa, guru-guru, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu serta semua pihak yang bertanggungjawab memastikan Terengganu terus mengungguli keputusan UPSR antara seluruh negeri pada kali ini.

Khamis, 14 November 2013

Perkasa cabar Majlis Peguam bela suspek utama kes bunuh pegawai Ambank


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Majlis Peguam dicabar untuk membela Loade Ardina Loade Rasila, suspek utama dalam kes pembunuhan pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin berkata, cabaran itu mesti disahut bagi membuktikan Majlis Peguam benar-benar komited dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

Menurut beliau, badan itu menyokong usul memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini seperti yang dikemukakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland, 24 Oktober lalu.

"Majlis Peguam perlu konsisten dengan pendiriannya menyokong pemansuhan hukuman mati mandatori dengan membela Loade Ardina bagi mengelakkan dia dijatuhi hukuman gantung jika didapati bersalah oleh mahkamah.

"Kita tidak mahu mereka sekadar pandai bercakap di peringkat antarabangsa sedangkan di negara sendiri, mereka 'cakap tak serupa bikin'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zulkifli mengulas kenyataan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip semalam yang mencabar pembangkang memberi khidmat guaman percuma kepada Loade Ardina.

Suspek berjaya diberkas pihak polis ketika cuba meloloskan diri melalui laluan tikus di Kota Tinggi, Johor pada 10 November lalu.

Dalam kejadian pada 23 Oktober lalu, Norazita maut selepas ditembak di muka menggunakan senjata jenis 'pump gun' sebelum suspek yang juga warga Indonesia melarikan wang tunai sebanyak RM450,000.

Selasa, 12 November 2013

MARINA NAFI TERLIBAT DENGAN TUNTUTAN COMANGO ??

Marina Mahathir
Marina mahu Isma tarik balik kenyataan

SHAH ALAM - Datin Paduka Marina Mahathir menuntut Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan pemegang jawatan tertinggi pertubuhan itu menarik balik tuduhan ke atasnya yang mengatakan beliau adalah 'dalang' di sebalik tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
 
Menurut Marina, selain menarik balik kenyataan itu, beliau turut menuntut Isma menarik balik tuduhan sama dari semua media massa dan media online mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan serta-merta.
 
“Walaupun saya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (Sis) yang juga di antara 54 NGO dalam Comango namun, saya langsung tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan tersebut.
 
“Saya menganggap kata-kata palsu dalam risalah Isma ini memberi gambaran yang amat buruk mengenai diri saya dan mencemarkan nama baik saya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Pada 8 November, Isma dilaporkan telah mengedarkan 70,000 risalah di masjid-masjid di seluruh negara yang mendakwa Marina sebagai salah seorang 'dalang' di belakang gabungan NGO yang dikenali sebagai Comango.
 
Menurut Isma, risalah-risalah itu bertujuan menjelaskan kepada seluruh umat Islam bahawa tuntutan Comango telah mengancam kedudukan Islam di Malaysia yang didalangi tokoh-tokoh liberal dan 54 NGO anti Islam.
 
Isma mendakwa, antara dalang dalam isu Comango ini ialah Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel dan termasuk Marina sendiri.
 
Tambah Marina, beliau juga memandang berat penerbitan semula risalah Isma di media cetak ataupun online dan menganggap tindakan ini sebagai turut mencemar nama baiknya.
 
“Saya juga meminta semua media massa menarik balik penerbitan risalah ini atau saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbitan tersebut,” tambahnya lagi.
 
Sebelum ini, media melaporkan, Comango menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Siwtzerland, 24 Oktober lalu.
 
Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.
 
Sementara itu, pada setiap empat setengah tahun, kumpulan kerja UPR dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB akan menilai rekod hak asasi manusia kesemua 193 negara anggota PBB.

Sumber:sinarharian

Isnin, 11 November 2013

Guru pendidikan Islam dikesan sebar fahaman syiah

JABATAN AGAMA ISLAM PERLU BERTINDAK SEGERA KEATAS KUMPULAN SYIAH. JANGAN AMBIL MUDAH !!!!
ALOR SETAR: Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.
Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah Abdullah Din berkata, kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini. 
"Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini hari ini 

Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.

Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.

Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah. 

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan. 

Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan. 

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengharamkan penjualan novel 'Perempuan Nan Bercinta' yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah. - Bernama

Ahad, 10 November 2013

APA DAH JADI - Koperasi jadi agensi pekerja asing haram ???

Jabatan Imigresen merampas 831 pasport asing di sebuah premis koperasi di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.
SEMUA AGENSI PENGUATKUASA PERLU BERGERAK SAMA SEPERTIMANA YANG DILAKUKAN OLEH PDRM DALAM 'OPS CANTAS KHAS'

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Taktik sebuah agensi pekerjaan asing haram yang berselindung di sebalik perniagaan koperasi di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa semalam.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bersama 14 pegawai dan anggota kira-kira pukul 3.30 petang, hasil maklumat awam.

Ketua Operasi, Nik Shahanizam Ahmad berkata, hasil serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang bekerja sebagai juruaudit di situ serta merampas 831 pasport pelbagai negara.

"Pasport-pasport yang dirampas ialah pasport Indonesia sebanyak 802 naskhah, Vietnam (14), Pakistan (2), Thailand (2), India (1) dan Bangladesh (10).

"Kesemua pasport tersebut didapati mempunyai pas lawatan sosial yang telah tamat tempoh sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nik Shahanizam, pihaknya turut merampas sebuah komputer, buku resit, borang permohonan pembaharuan permit serta beberapa dokumen berkaitan warga asing.

Katanya, lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 51(5)(a) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) untuk siasatan lanjut.

Jumaat, 8 November 2013

TAHNIAH: Sultan Johor tarik balik gelaran Datuk CEO YPJH

Ditengah2 adalah Hamzan Saringat
GELARAN YANG DITERIMA OLEH ANWAR IBRAHIM JUGA PATUT DITARIK BALIK DAN MEREKA-MEREKA YANG TELAH MENCEMAR INSTITUSI KESULTANAN MELAYU, AGAMA SERTA NEGARA.

JOHOR BAHRU 8 Nov. - Gelaran Datuk yang diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pelajaran Johor Holdings (YPJH), Hamsan Saringat ditarik balik oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, selain gelaran Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang dikurniakan kepada Hamsan pada tahun 2005, turut ditarik balik ialah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) mulai tarikh yang sama.

Kata Abdul Rahim, sebaik menerima titah Sultan Ibrahim semalam, beliau terus menghubungi Hamsan agar mengembalikan bintang dan gelaran tersebut pada petang hari yang sama.

Menurutnya, penarikan gelaran Hamsan yang juga bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) adalah berdasarkan Fasal 7(2) (f) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 dan Fasal 13 Undang-Undang dan Peraturan Bagi Darjah Mahkota yang mana Sultan Ibrahim mempunyai kuasa untuk menarik gelaran tersebut. - UTUSAN ONLINE

Khamis, 7 November 2013

SYARIKAT SWASTA MASIH INGKAR ARAHAN KDN !!!

Imigresen Negeri Sembilan Tahan 24 Pengawal Keselamatan Warga Nepal

SEREMBAN: Seramai 24 pengawal keselamatan warga Nepal ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar Seremban dan Nilai, lewat Rabu.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Abdul Kadir Hussin berkata, kesemua pengawal keselamatan itu ditahan di tempat kerja masing-masing iaitu premis perniagaan, kolej, kilang dan kelab sukan.
Beliau berkata lapan orang ditangkap di sebuah kolej swasta, masing-masing dua di kelab sukan dan riadah, kedai emas dan kawasan kediaman manakala 10 ditahan di sebuah kilang.
"Mereka ini didapati melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau menyalahgunakan pas lawatan masing-masing," katanya dalam sidang media di sini Rabu.
Katanya, kesemua pengawal keselamatan tersebut dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen, Lenggeng, di sini untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Abdul Kadir berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi sama dari semasa ke semasa bagi menjejaki pengawal keselamatan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah. - BERNAMA

Rabu, 6 November 2013

Hina Allah, Nabi: MJMM buat laporan polis

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook (FB) yang didakwa menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Pengerusinya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat terhadap pemilik akaun yang dikenali sebagai Adlin Abd. Jalil di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 10 pagi ini.

"Saya meminta pihak polis, pihak berkuasa sama ada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melihat perkara ini dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu itu.

"Kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap individu itu kerana kenyataannya dalam laman sosial FB itu mengundang kemarahan seluruh umat Islam," katanya selepas membuat laporan itu bersama-sama 21 anggota MJMM.

Pemilik akaun itu memaparkan gambar babi panggang dengan tertera nama Allah dan Muhammad serta logo halal JAKIM pada 3 September lepas. - BERNAMA

Selasa, 5 November 2013

Kelebihan Bulan Muharram


1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...