Rabu, 30 Disember 2015

PAS, UMNO saling memerlukan ke ?

KUALA LUMPUR, 29 Disember:

Umno memerlukan PAS, sepertimana PAS memerlukan Umno, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut beliau, kedua-dua parti ini saling memerlukan, bagi melaksanakan keinginan dan matlamat parti.

Ini dilihat dalam aspek sokongan Melayu kepada Umno dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan juga untuk PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Pandangan saya dari segi keadaan dalam negara sekarang, barangkali Umno membawa cadangan ini, kerana kemungkinan Umno tidak akan dapat sokongan daripada bukan Melayu dalam PRU akan datang dan strategik bagi dia untuk berkawan dan bekerjasama dengan PAS.

Rabu, 23 Disember 2015

MELAYU ISRAEL CUBA MENGHALANG PERPADUAN UMMAH

KECEWA DAN IRI HATI

SHAH ALAM – Ahli-ahli akar umbi Pas didakwa akan menolak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana sesetengah ahli Umno menolak kepimpinan Presiden mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar berkata, ia akan berlaku akibat daripada tindakan kedua pemimpin yang mengambil keputusan untuk melakukan kerjasama antara parti.

“ALLAH sudah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang cuba menutup kejahatan mereka dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Selasa, 22 Disember 2015

KENAPA ORANG ISLAM MASIH LAGI MEMPERTIKAIKAN KERJASAMA UMNO/PAS ?

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan kerjasama politik boleh berlaku antara Pas dan Umno tetapi ianya agak sukar berlaku

Menurut Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, terdapat empat sebab kerjasama politik kedua-dua parti itu 'sukar' terlaksana.

"Pertama, kedua-dua parti ini ada kesilapan politik masing-masing. Pas ada kesilapan dengan amanatnya di Bukit Paradong yang memecahkan umat Melayu dan Islam. Umno ada kesilapannya di Memali yang juga memecahkan umat Melayu dan Islam. Luka dari dua kesilapan ini, jika pun telah sembuh, meninggalkan kesan parut besar yang payah dihilangkan.

Sabtu, 19 Disember 2015

Mahathir Boleh Dakwa Kejayaan UMNO Miliknya, Kenapa Najib Tidak?

Mahathir cukup sakit hati bila matanya sendiri melihat bagaimana perwakilan UMNO dalam PAU 2015 masih memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih pedih lagi bila Najib dengan selamba badak saja mengutuk Mahathir dan kuncu-kuncunya di atas pentas utama, Muhyiddin dan Shafie dalam ucapan dasarnya.

Ini adalah sesuatu yang tidak dijangka Mahathir. Menurut sumber terdekatnya, Mahathir menyatakan rasa menyesal kerana menyertai Perhimpunan kali ini akibat dikutuk Najib (secara tidak langsung) secara berdepan.

Khamis, 17 Disember 2015

AMBIGA MATA BATU DAH KETERLALUAN DAN KURANG AJAR

Abu Zahar Tempelak Ambiga Guna Kemudahan Parlimen Tanpa Kebenaran

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menempelak Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk S. Ambiga kerana sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan di bangunan Parlimen tanpa kebenarannya semalam untuk satu taklimat.

Beliau berkata pertemuan yang diadakan Ambiga itu telah menjejaskan perjalanan sidang Dewan Negara dan telah mengarahkan pegawai Parlimen yang membenarkan Ambiga mengadakan program taklimat berkaitan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu, untuk memberikan surat tunjuk sebab.

Rabu, 16 Disember 2015

BAGAIMANA "AYAM SIBER" MENGHANCURKAN PARTI KERAMAT MELAYU UMNO

Anda biasa baca Mykmu.net, bloggers JASA, Lim Sian See, Azmi Arshad, Seademon dan golongan yang setiap malam pagi petang mengalihkan perhatian 1MDB kepada "semua salah Tun Mahathir"?
Cuba kalian tengok profail "seekor-seekor" dalam ruangan komen mereka.
Ada pemilik akaun Facebook atau Twitter itu orang betul tak dinafikan tapi banyaknya kalau tengok tak berani zahirkan muka sendiri. Kemudian akaun baru buka. Kemudian friend list satu atau dua ekor.
Siapakah mereka?
Merekalah "ayam siber". Ada beribu ekor "ayam siber" palsu yang dikawal oleh pemakan dedak.

Selasa, 15 Disember 2015

Permaisuri Johor hargai pengorbanan penjaga Almarhum Tunku Jalil


KUALA LUMPUR - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris hari ini menghargai dua orang yang dikenali Amy dan Sabrina kerana menjaga anakandanya Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selepas disahkan mengidap kanser pada Ogos 2014.
Dalam catatan laman sosial Facebook peribadi baginda sejam yang lalu, Raja Zarith menyatakan amat terhutang budi dengan Amy dan Sabrina kerana sanggup mengorbankan masa bersama anak-anak sendiri demi untuk membantu Almarhum.
Berikut adalah catatan penuh tulisan baginda dalam laman Facebooknya itu.

Jumaat, 11 Disember 2015

"Keluar Parti Atau Bersatu"

KUALA LUMPUR: "Keluar daripada parti atau kembali bersatu," demikian amaran keras Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kepada barisan kepimpinannya.

Tanpa menyebut nama pemimpin yang dimaksudkannya, Khairy berkata, Pemuda Umno tidak akan berdiam diri jika masalah dalaman membabitkan kepimpinan peringkat tertinggi Umno gagal diselesaikan segera.

“Ketika ini ada sedikit keretakan di peringkat atasan parti dan keretakan ini boleh menyebabkan kehilangan keyakinan rakyat terhadap kita.

Selasa, 8 Disember 2015

Bersama Timbalan Presiden UMNO - Kelab Sultan Sulaiman 7 Dis 2015



Majlis adalah anjuran bersama Umno Cawangan Kampung Sungai Rasau bersama Suara Belia Marhaen ( SUABEMA ), Gabungan Anak Melayu Bangkit ( GAMB ) dan Gabungan Ketua2 Pemuda Cawangan Se-Malaysia.


Atau anda boleh ke Youtube ( KLiK ) dan copy embed code di sana dan paste di mana saja blog atau FB ( seperti yang biasa kita buat kalau nak copypaste video Youtube )

Pautan: KLIK DISINI

Isnin, 7 Disember 2015

MAJLIS PELANCARAN KELAB PERKASA MESIR

Tarikh : 4 Disember 2015
Masa : Jam 3.00 ptg (waktu Mesir)
Tempat : Masjid Tantawi, Hayyu Sa'bie, Cairo, Mesir.
Perasmian : Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa Malaysia.
Turut hadir: Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman, Naib Presiden, Ustaz Hassan Basri, Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Wira Massod Zainal Abidin, Dr Amini Amir, Datuk Sirajuddin Salleh, Sdr Abu Bakar Yahya, Puan Junaidah Jiting, Mejar B Anuar Abd Hamid dan Sdr Abdul Muin Mohd Noor (Ketua Kelab Perkasa Mesir), Sdr Khairuddin Mohd Noor(Ketua Penyelaras Perkasa Timur Tengah.

Kehadiran hampir 300 org pelajar. 288 borang keahlian diserahkan dlm majlis ini.

Ahad, 6 Disember 2015

Mat Sabu Tak Kisah Jadi Slat DAP Janji Masuuukkkk


KUALA LUMPUR, 5 Disember:

Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu tidak kisah menjadi alat atau jurucakap DAP semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.

Apa lagi ketika ini, persepsi umum sudah pun melihat PAN sebagai tidak lebih daripada proksi DAP.

Mustafa berkata, malah, kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang mengaitkan Pas dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) adalah strategi DAP untuk terus memburukkan Pas yang kini dianggap sebagai musuh nombor satu DAP.

Sabtu, 5 Disember 2015

Pengumuman - LIVE Bersama Tun Mahathir !

Buat pertamakalinya dalam siri Bicara Negarawan Tun Mahathir, siri petang ini yang bertempat di Senawang jam 3 petang ini akan disiarkan secara LIVE STREAMING 


Mohon disebarkan kepada rakan2 dan saudaramara sekelian, baik di pejabat, di kedai kopi, di surau atau di bendang malah di oversea sekalipun, asal ada line internet dan telefon pintar/laptop, anda boleh bersama2 dengan Tun Mahathir secara langsung pada jam 3 petang ini. 

Jumaat, 4 Disember 2015

Tak tampil jawab isu RM2.6b: Najib kalah besar

KUALA LUMPUR - Ketidakhadiran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjawab mengenai isu dana RM2.6 bilion di Dewan Rakyat hari ini merupakan 'malapetaka' dalam karier politik Perdana Menteri itu, kata Rafizi Ramli.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, Najib sepatutnya mengambil langkah berdiam diri sahaja jika bukan beliau sendiri yang tampil untuk memberikan penjelasan mengenai dana itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...