Sabtu, 30 Januari 2016

Isu Tabung Haji: Siapa bocor kandungan surat Bank Negara?

KUALA LUMPUR, 29 Januari: Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis berhubung kebocoran kandungan surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kedudukan kewangan yang dibocorkan kepada umum.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata selainnya, hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga turut mendapat surat tersebut.

“Hanya saya dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dapat. Macam mana surat itu boleh keluar?

“Jadi, kita akan lihat hasil siasatan polis, siapa yang mengeluarkan surat itu,” katanya yang dipetik Bernama kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

Khamis, 28 Januari 2016

‘Tembakan Amaran’ kepada Menteri Besar, Ketua Menteri serta ketua-ketua bahagian dan cawangan UMNO agar sentiasa mengikut telunjuk

JERLUN 27 Jan. - Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memberi gambaran seolah-olah tidak akan me­nerima sebarang jawatan terma­suk di peringkat Pusat jika kedudukannya sebagai Menteri Besar ditukar dengan alasan tidak mahu mengkhianati rakyat negeri ini.
“Walaupun ditawar macam-macam, mungkin juga jawatan tinggi di peringkat kebangsaan sekali pun, saya memilih untuk tidak mengkhianati rakyat Kedah.
“Selagi rakyat negeri ini percaya kepada saya dan rakan-rakan, selagi anda semua optimis mempunyai harapan terhadap nasib negeri ini, selagi itu saya bersama tuan-tuan dan puan-puan untuk merealisasikan cita-cita tersebut,” katanya.

Rabu, 27 Januari 2016

'Tok guru pesan terus istiqamah bersama Hadi'

SHAH ALAM - Ada tiga pesanan yang ditinggalkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada saya, kata pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ahmad Dusuki merupakan anak saudara kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz berkata tiga pesanan itu ialah perlu istiqamah dalam perjuangan bersama Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, perjuangan dalam bermasyarakat dan dalam merapatkan ikatan kekeluargaan.

Jumaat, 22 Januari 2016

Ini bukan soal 14 orang tidak yakin dengan saya yang penting dua juta rakyat Kedah

Saya Tetap Setia Kepada Umno - Mukhriz

ALOR SETAR, 21 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan bahawa beliau tetap setia kepada UMNO dan menolak andaian akan melompat ke parti lain.

Katanya apa yang beliau hendak lakukan ketika ini adalah memperkuatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 supaya UMNO menang lebih besar.

Berucap di majlis perjumpaan bersama anggota UMNO Bahagian Jerlun, di sini hari ini, beliau berkata usaha memperkuat parti memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak agar semua strategi pembangunan dirancang membuahkan kejayaan demi rakyat negeri ini.

Isnin, 18 Januari 2016

Kerajaan Komited Perangi Keganasan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan terus komited memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan sikap perkauman serta keagamaan melampau.

Beliau berkata usaha itu penting bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan di negara ini.
"Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita serangan ganas di Jakarta, Istanbul dan Paris yang telah mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

Ahad, 17 Januari 2016

AWAS: 'Buku Panduan' Ajar Pengganas Sertai Masyarakat

PETALING JAYA: Pengganas Negara Islam (IS) biasanya digambarkan dengan imej berjanggut dan berjubah hitam.

Namun tanggapan itu kini salah.

Tanpa disedari mungkin lelaki muda yang tersenyum dengan memakai seluar jeans, kemeja-T dan topi di sebelah anda adalah pengebom berani mati.

Berdasarkan 'buku panduan' untuk menjadi seorang penyerang, kumpulan pengganas menyenaraikan beberapa langkah mengenai bagaimana mereka boleh menyembunyikan diri tanpa disedari di kalangan masyarakat sebelum melancarkan serangan.

Ia adalah panduan yang menakutkan namun buku panduan ini memberitahu pengganas individu supaya mereka harus berpakaian dan mengamalkan gaya hidup yang sama dengan orang lain di khalayak ramai.

Khamis, 14 Januari 2016

'Non Cibai' Memperalatkan PERKASA Anjur Kempen Jatuhkan Najib

Baru-baru ini telah diadakan satu lagi sidang akhbar bagi mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Melalui sidang akhbar anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Pulau Pinang tersebut, mereka antara lainnya menggesa agar Najib selaku Presiden UMNO meletakkan jawatan.

Namun apa yang menariknya rata-rata yang hadir program tersebut merupakan ahli-ahli PERKASA yang mendakwa kononnya mereka membawa suara akar umbi.

Hasil tinjauan yang dilakukan, sidang akhbar tersebut dibiaya sepenuhnya oleh Yang Di Pertua Perkasa Pulau Pinang, Marzuki Yahaya yang sebelum ini kecewa apabila kalah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan dalam pemilihan UMNO yang lalu.

Khamis, 7 Januari 2016

Sebar talian penyelamat

MARANG – Sebanyak sembilan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di kawasan Dun Rhu Rendang didedahkan dengan maklumat dan nombor telefon agensi penyelamat bagi memudahkan mereka mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan.

Penyelaras Pasti Dun Rhu Rendang, Ahmad Nazirul Ismail berkata, poster tertera nombor telefon agensi penyelamat seperti bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan klinik kesihatan ditampal di setiap Pasti yang dilawati.

“Kebanyakan Pasti berlaku pertambahan kanak-kanak prasekolah dan pengedaran risalah ini diharap dapat memudahkan mereka mendapatkan bantuan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Selasa, 5 Januari 2016

Perlu Dicontohi: Sultan Johor belanja rakyat bersarapan

MUAR 4 Jan. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meneruskan cara tersendiri mendekati rakyat jelata apabila berkenan bersarapan di Restoran Al Ziya Fathima di Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ib­rahim yang berbaju kemeja dan bersongkok di restoran berkenaan pada pukul 6.45 pagi, tidak dise­dari orang ramai kerana baginda melangkah masuk tanpa sebarang protokol.

Namun tidak lama selepas itu, para pelanggan restoran tersebut teruja kerana menyedari kehadi­ran baginda yang ditemani Pegawai Daerah, Ramlee A. Rahman.

Seperti orang biasa, baginda memesan sendiri santapan kege­marannya iaitu roti canai, kari kambing dan kari ayam serta minuman halia o ais sebelum ber­kenan bermesra dan bergambar bersama-sama rakyat.

Isnin, 4 Januari 2016

Tuntut ilmu untuk hindari masalah sosial

MARANG - Sepanjang tahun lalu, negara didendangkan dengan pelbagai isu berkaitan masalah sosial remaja seperti kes buli, gangsterisme, zina serta pelbagai lagi dan diharap masalah berkenaan dapat dihindari sepanjang mengharungi episod baharu pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja Pemuda Pas Negeri Terengganu, Mohamad Aswadi Moahamad berkata, ilmu pengetahuan merupakan aspek paling penting dalam menangani masalah sosial remaja dan kerana itu juga seluruh umat Islam diwajibkan menuntut ilmu.

Ahad, 3 Januari 2016

Jangan salahkan Pas biar Umno hancur

SHAH ALAM – Umno diingatkan tidak meletakkan kesalahan kepada Pas sekiranya parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak itu dibiarkan hancur sekiranya Umno kekal bertaut pada tali sekularisme.

Ketuanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, tali hayat Umno adalah Islam.

“Pas menghulurnya, jangan salahkan Pas jika membiarkan Umno hancur. Pas tiada tali selain Islam,” katanya melalui kemas kini status di Facebook.

Sebelum ini, persahabatan antara Pas dengan Umno menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini.

Bulan lalu, Najib sekali lagi mengajak Pas untuk bergabung dengan Umno.

Sabtu, 2 Januari 2016

Remaja belajar teknik berbohong diculik dari siapa?

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan disebalik kisah penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang mendakwa dirinya diculik baru-baru ini.

Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.

"Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...