Isnin, 29 Februari 2016

Tan Sri Muhyiddin Bersubahat Untuk Menjatuhkan DS Najib ???

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman berkata adanya konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam apa yang dikatakan sebagai rampasan proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mendakwa beliau diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail apabila mereka masih menyandang jawatan masing-masing mengenai 'bukti' dakwaan jenayah terhadap Najib.

Beliau berkata tindakan peguam negara itu yang secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan Muhyiddin, ahli Kabinet dan anggota UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, adalah tidak beretika.

Sabtu, 27 Februari 2016

Lelaki Maut Ditikam Hingga Usus Terburai

KUCHING: Seorang lelaki warga asing ditemui mati dalam keadaan perut terburai dipercayai akibat ditikam dengan pisau di sebuah rumah kongsi di Demak Laut dekat sini, semalam.
Menurut sumber, mangsa hanya dikenali sebagai Dimas berusia 30-an dan berasal dari Indonesia ditemui oleh rakannya dalam keadaan sedemikian yang kemudian terus menghubungi ambulans untuk bantuan sekitar jam 4 petang.
Difahamkan, mangsa baharu tiba di rumah kongsi berkenaan untuk berjumpa dengan kawannya.

Jumaat, 26 Februari 2016

KONFLIK AZMIN -GUAN ENG HINGGA KE MANA?

Akhbar-akhbar tempatan pagi ini memberi ruang pada pertembungan antara DAP dan PKR khasnya berkenaan tindakan KM Pulau Pinang Guan Eng yang telah memecat dua ADUN PKR dari jawatan GLC mereka kerana dituduh telah "backstab" atau menikam belakang kerajaan negeri.

Setiusaha Politik Guan Eng mengatakan tindakan "bos"nya itu sama sebagaimana tindakan PKR dulu memecat Tan Sri Khalid sebagai MB kerana dituduh membelakangkan keputusan mesyuarat.

Tetapi di Selangor PKR yang pecat PKR manakala di Pulau Pinang pula DAP memecat PKR sebagaimana mereka pernah pecat Ahli Majlis PAS satu ketika dulu.

Isnin, 22 Februari 2016

Zaid Ibrahim Jadi Batu Api/Penghasut Untuk Menghancurkan Negara


Mahathir dan tak takut DOSA
Tarikh 27 Mac itu, sesuai dengan kelapangan masa Tun Mahathir Mohamad, dicadangkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim untuk rakyat berhimpun secara aman menyatakan penolakan terhadap kepimpinan Najib.
Kepada yang tidak mahu terus bersabar sehingga PRU 14 dua tahun lagi, harus mengambil peluang menyertai perhimpunan itu nanti sebagai tanda pemberitahuan kepada Najib bahawa jika beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri, keadaan negara akan bertambah buruk dan majoriti rakyat tidak mahu lagi memberi sokongan kepadanya.

Ahad, 21 Februari 2016

Hapus Status 'Kampung Tradisional'... Cara Halus Kerajaan Negeri DAP Melenyapkan Perkampungan Melayu


Memang keputusan ini sudah dijangka dari awal... tidak banyak yg boleh dilakukan oleh penduduk Kg Mutiara, begitu juga oleh pihak2 yg prihatin dan ingin membantu... semuanya sudah termaktub, dan tentunya mereka yg berkepentingan akan mempergunakan sepenuhnya apa yg telah termaktub, sementara sudah terbuka peluang...
Penduduk Kg. Mutiara dan orang Melayu P. Pinang keseluruhannya termasuk penduduk di 26 buah kampung di seluruh P Pinang yg telah menjadi mangsa mungkin sudah semakin sedar, yg mana intan dan yg mana kaca... harap kesedaran ini masih tidak terlambat...

Khamis, 18 Februari 2016

MAT SABU MAHLOK PALING SIAL DIDALAM DUNIA ??

SUNGAI PETANI 17 Feb. – Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, ba­ngang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di sini malam tadi.
Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Selasa, 16 Februari 2016

Mayat Bangun Semula Selepas Didatangi Anggota Bomba

Mayat Bangun Semula Selepas Didatangi Anggota Bomba|Seorang wanita yang berjogging di jungle tracking di Tanjung Batu Bintulu terkejut bila terjumpa satu mayat lelaki yang siap berkain kapan.

Dalam kejadian mayat lelaki tersebut dibaringkan ditengah jalan dengan keadaan yang menyedihkan. Kerana terlalu takut sepasukan bomba dipanggil untuk mengambil tindakan dan membuat pemeriksaan.

Siasatan awal:

Hasil pemeriksaan rupa-rupanya lelaki yang berkain berkapan di sangka mayat tersebut adalah lelaki kurang siuman dan sedang nyenyak tidur ketika diperiksa oleh pihak bomba.

Isnin, 15 Februari 2016

Premis Makanan Kelirukan Umat Islam Letak Tanda Tiada Babi Perlu Tindakan

KUALA LUMPUR: Tindakan perlu diambil terhadap premis makanan yang mengelirukan umat Islam dengan mempamerkan tanda "tiada babi" seolah-olah makanan yang disediakan di premis tersebut berstatus halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hanya premis makanan yang mempamer sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dikunjungim oleh pengguna beragama Islam.

"Pengusaha makanan yang meletakkan tanda tiada babi di premis mereka tidak mencerminkan apa yang dimaksudkan dengan halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar budaya dan sambutan Tahun Baharu Cina untuk mualaf di Kepong, di sini pada Ahad.

Ahad, 14 Februari 2016

Kisah Misteri: Hantu tumpang kereta ?

KISAH misteri atau pun diganggu makhluk sering menjadi bualan penduduk terutama bagi mereka yang pernah melalui kisah berkenaan.

Untuk berkongsi kisah berkenaan, Sinar Harian menemubual beberapa individu yang pernah mengalami situasi berkenaan.

Hantu tumpang kereta

Laluan alternatif menghubungkan pekan Kuala Ketil dengan Sik membawa rahmat kepada penduduk sekitar sejak ia dibina dua tahun lalu kerana jarak perjalanan yang lebih dekat selain menjimatkan masa.

Sabtu, 13 Februari 2016

JPPM/Polis Pantau Pertubuhan Tidak Berdaftar


KANGAR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mempergiatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau pertubuhan haram di negara ini yang berisiko menggugat keamanan negara.

Penolong Pengarah Pengurusan JPPM Rosliza Mahidi berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pertubuhan haram berkenaan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

"Jika pertubuhan itu berisiko menggugat keamanan, bertentangan dengan prinsip agama rasmi negara termasuk dasar kerajaan, maka ia secara serta-merta tertakluk di bawah bidang kuasa PDRM," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat 'Kepentingan Pertubuhan Berdaftar' kepada lebih 200 peserta di sini, semalam.

Rabu, 10 Februari 2016

Manusia tak nak sekolah, biar monyet pergi sekolah khas

DONGYING - CHINA. Beberapa ekor monyet dilihat berlatih 'backflip' dan menjawab soalan matematik kanak-kanak, malah mampu bermain dram dan menari di sebuah sekolah.

Sekolah tersebut yang juga merupakan satu fasiliti di sebuah zoo di Dongying melatih haiwan berkenaan untuk menjadi 'artis' untuk melakukan persembahan kepada kanak-kanak.

"Sama seperti sekolah sebenar, cuma muridnya adalah monyet," kata Takeshi Soma, seorang warganegara Jepun yang juga bertugas sebagai 'guru besar' di sekolah tersebut.
Sambil berkata kepada wartawan Deccan Chronicle, Takeshi memerhatikan sekumpulan monyet yang memakai baju gaun dan menari.

Selasa, 9 Februari 2016

APA DAH JADI DENGAN ADUN PAS MEMAKAI 'COSPLAY' UNTUK TARIK PENGUNDI ??

ADUN PAS Berpakaian Dewa Cina Untuk Menarik Undi?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Paya Jaras merangkap Setiausaha PAS Selangor, YB Mohd Khairuddin Othman sanggup berpakaian ala-ala Dewa kaum Cina di dalam majlis bersemperna perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina ini adalah pakaian 'chai shen' atau 'Dewa Kekayaan'. Hendak menyambut Tahun Baru Cina tak salah sebab ianya bukan perayaan Agama, tapi budaya. Tapi kenapakah memakai 'cosplay' yang menyerupai Dewa sembahan masyarakat Cina? 


Mungkin ADUN Paya Jaras seorang yang kreatif dan berfikir di luar kotak atau adakah beliau terdesak untuk meraih undi kaum Cina? Tidak cukupkah sekadar mengedarkan buah lokam dan memberikan ucapan sahaja?

Isnin, 8 Februari 2016

Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain

PETALING JAYA: Sultan Johor,  Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan semua agar saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya.

Baginda bertitah demikian di laman Facebook miliknya sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Isnin.

"Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat kaum Cina. 

"Moga kita sentiasa dirahmati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kemakmuran. 

"Saya juga ingin mengingatkan Bangsa Johor bahawa "Muafakat itu Berkat", maka marilah kita terus saling menghormati di antara satu sama lain, tanpa mengira kaum, agama atau budaya."

Ahad, 7 Februari 2016

Jangan jadikan internet 'guru agama'

KUALA TERENGGANU – Orang Islam dinasihatkan tidak menjadikan internet sebagai ‘guru agama’ untuk merujuk sesuatu masalah atau kekeliruan berhubung agama Islam.

Pengerusi Biro Agama Umno Bahagian Kuala Terengganu, Ahmad Roslin Jaafar berkata, sikap segelintir pihak yang mengambil mudah dalam mencari penyelesaian berhubung masalah agama boleh menyebabkan seseorang terjerumus dalam perkara yang boleh merosakkan akidah.

Tidak menolak ada maklumat dipaparkan menepati kehendak agama, beliau berharap maklumat diterima dirujuk kepada mereka yang pakar bagi memastikan ilmu diperoleh tidak terkeluar daripada ajaran Islam.

Jumaat, 5 Februari 2016

Tawfik Enggan Tinggalkan G25

PETALING JAYA: Ahli kumpulan G25, Tawfik Ismail berkata beliau menganggap dirinya masih sebahagian daripada kumpulan pro sederhana itu walaupun diminta untuk tidak menghadiri sebarang majlis anjuran kumpulan berkenaan.

Tawfik, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata beliau menerima notis  yang memaklumkannya mengenai 'cuti sabatikal' daripada seorang ahli G25 menerusi WhatsApp pada November lalu.

Rabu, 3 Februari 2016

AJARAN SESAT MASIH LAGI MENULAR DI SEMENANJUNG

KUALA LUMPUR – Seramai 58 individu termasuk 12 wanita yang dipercayai pengikut ajaran sesat, Millah Abraham dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Mereka yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 59 tahun ditahan dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Bilik Sakura, Tingkat Satu, Pusat Pemuda Antarabangsa, Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras di sini pada pukul 8.32 malam kelmarin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...