Rabu, 30 Mac 2016

Perjuangan Mahathir Bukan Lagi Untuk Melayu

Veteran UMNO Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan perjuangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu, sebaliknya lebih bersifat peribadi.

Baca: ‘Himpunan Deklarasi Rakyat’ Atau Himpunan Untuk Anak Mahathir Jadi PM – Dr Salleh Said Keruak

Beliau berkata sebagai pemimpin yang telah lama dikenalinya, beliau berasa sedih dengan tindakan yang diambil Dr Mahathir yang jelas bercanggah dengan perjuangannya sebelum ini.

“Saya tak nampak ia (Kongres Rakyat) berjaya sebab amat jelas bahawa Tun mengadakan program-program ini sekali gus menidakkan apa yang dia buat dahulu. Dahulu beliau mempunyai keyakinan dan kesabaran untuk menaikkan UMNO semula dan orang Melayu, sekarang politik beliau bukan untuk orang Melayu lagi, bukan untuk semerbak perjuangan dalam BN (Barisan Nasional) lagi.

Selasa, 29 Mac 2016

MAHATHIR SAMAKAN NAJIB DAN AHLI UMNO MACAM BINATANG ??

UNGKAPAN SEORANG NEGARAWAN YANG MENJIJIKKAN.

KUALA LUMPUR -“Ha, dedaklah ni. Dedak ni dahsyat. Dedak ni makanan binatang, apabila kamu makan dedak, samalah dengan binatang,”kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahut sorakan daripada hadirin di Kongres Rakyat, semalam.

Tun Mahathir menyifatkan pimpinan bawahan yang makan ‘dedak’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai binatang.

Beliau turut melabelkan pimpinan yang senyap dan tidak bertindak menegur Najib, telah menerima wang sogokan.

Sabtu, 26 Mac 2016

MAHATHIR PERLI TUN ABDULLAH JADI PENASIHAT PETRONAS

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi penasihat yang baik kepada Petronas, menurut pendahulunya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata Abdullah akan memberi 'nasihat yang baik kepada Petronas', walaupun beliau mengharapkan bakal penggantinya adalah seorang 'penasihat British'.

"Saya berharap Pak Lah boleh menjadi seorang penasihat British, bukan penasihat Melayu kerana apabila penasihat British memberi nasihat, ia akan menjadi satu arahan.

"Apabila penasihat Melayu memberi nasihat, orang hanya akan melupakannya," katanya kepada pemberita secara berseloroh selepas menghadiri simposium jenayah perang di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Sabtu.

Bersambung: KLIK DISINI

Jumaat, 25 Mac 2016

Kerajaan DAP Pulau Pinang Roboh Chalet Usahawan Melayu

BATU FERINGGHI – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah merobohkan chalet yang yang terletak di tanah rezab pantai Bayu Senja di sini yang diusahakan oleh usahawan Melayu.

Selain Chalet Wave Runner yang dimiliki oleh Hj Ismail Din dan Rosli Bakar, empat lagi pengusaha sukan air di situ juga mengalami nasib serupa apabila premis mereka turut dirobohkan.

Sebuah lagi chalet yang juga dimiliki seorang usahawan Melayu berdekatan Kampung Mutiara dalam Parlimen Bukit Bendera turut mengalami nasib yang sama.

Isnin, 21 Mac 2016

Beri Kesetiaan, Ketaatan Tidak Berbelah Bahagi > Kenapa perlu Imbohan ???

TAK IKHLAS JUGAK NAMPAKNYA.  TAK BERI IMBOHAN TAK BOLEH KERJA KE ???

SERDANG, 20 Mac (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan anggota-anggota parti supaya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin yang menerajui parti itu.

Beliau yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO berkata sikap berbelah bahagi merupakan permulaan kepada segala permasalahan, yang akhirnya akan merugikan parti dan perjuangan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata prinsip pegangannya dalam perjuangan parti ialah membantu Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri serta sentiasa memastikan kekukuhan institusi kepemimpinan parti.

Sabtu, 5 Mac 2016

Masa Timbalan Tak Membantu, Sekarang Ahli Biasa Jangan Pulak Nak Menghantu

Muhyiddin mungkin ada perancangan sendiri kenapa dia memilih untuk kekal dalam UMNO tatkala Mahathir keluar dari UMNO. Apa pun perancangan itu, kita tak rasa ia baik untuk parti tapi sememangnya berbanding Mahathir, Muhyiddin bukan ancaman yang perlu dipandang serius.

Walaupun begitu, mengenepikan begitu saja ancaman yang mungkin dicetuskan Muhyiddin, adalah satu kesilapan juga kerana banyak benda takbaik yang Muhyiddin boleh lakukan atas kapasitinya sebagai ahli UMNO.

Buat permulaan, Muhyiddin sudah dedah bahawa dia akan bawa perihal penggantungannya sebagai Timbalan Presiden UMNO ke pengetahuan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...