Sabtu, 30 April 2016

Hilang Kerja, Dihalau Selepas Peluk Islam

SHAH ALAM - Seorang lelaki berketurunan Sikh kelahiran India, Harinder Pal Singh mengakui hilang pekerjaan serta dihalau dari rumah sewa selepas memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalik 14 April lalu.

Harinder berkata, dia kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak diperbaharui dan turut dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Katanya lagi, dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Sementara itu, memetik My News Hub penyanyi Noh Hujan yang kini berada di Timur Tengah bersama isterinya Mizz Nina bersedia membantu Harinder dengan menawarkan pekerjaan di restoran miliknya.

Khamis, 28 April 2016

GILA KUASA DAN GILA GLAMOUR INI LAH AKIBATNYA

MELAKA: Polis menahan 27 individu, termasuk doktor dalam satu majlis makan malam sempena penganugerahan darjah kebesaran Naning di sebuah resort di Alor Gajah, di sini, malam tadi. 

Serbuan yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaruddin Kassim itu dilakukan sejurus majlis berkenaan selesai, kira-kira jam 11.30 malam. 

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din, berkata penahanan semua individu berusia antara 20 hingga 62 tahun itu susulan laporan orang ramai berhubung penganjuran majlis anugerah berkenaan. 

Biar Mukhriz Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bersara secara hormat dan membenarkan anaknya, Datuk Seri Muhkriz berdiri di atas kaki sendiri dari segi politik memandangkan bekas Menteri Besar Kedah itu kini mendakwa mendapat sokongan 80 peratus dalam Umno, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin.

Pembantu Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, selama bertahun-tahun Mahathir cuba untuk melonjakkan anaknya ke kedudukan teratas dalam Umno tetapi tidak pernah mengakuinya.
"Pertama, Tun Mahathir meminta anaknya bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Tetapi beliau tewas kerana kurang mendapat sokongan ahli parti, dan bapanya menyalahkan Perdana Menteri.

Isnin, 25 April 2016

Susah Untuk Ahmad Razif Jalankan Tugas Selaku MB, Melainkan Pilihan Raya Atau Kerajaan Perpaduan

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini berhadapan situasi sukar untuk melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Terengganu susulan tindakannya yang dikatakan telah menyebabkan pihak istana negeri itu murka.

Situasi itu tercetus Jumaat lalu ketika Ahmad Razif mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat Jumaat.
Ia dikatakan melibatkan isu pengumuman jumlah sumbangan menerusi program yayasan yang berkait rapat dengan pihak istana negeri.
Susulan itu, pihak istana dikhabarkan menarik balik semua gelaran kebesaran yang dikurniakan kepada Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir itu.

Sabtu, 23 April 2016

Kerjasama Umno-PAS majukan Melayu dan Islam

NILAI: Kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi penggerak utama untuk merealisasikan kerjasama kedua-dua parti dalam memajukan masyarakat Melayu Islam di negara ini. 

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, keyakinannya itu berasaskan ketokohan orang nombor satu Umno dan PAS dalam memimpin masyarakat Islam dan Bumiputera ke arah penyatuan tanpa memerlukan penggabungan dua parti menjadi satu entiti. 

Beliau berkata, kesedaran mengenai kepentingan perpaduan ummah antara kedua-dua parti itu, terutama dalam kalangan kepimpinannya wujud sejak enam tahun kebelakangan ini selepas melihat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi masyarakat Melayu Islam dan Bumiputera di negara ini.

Khamis, 21 April 2016

PKR Sarawak memberontak atau kepimpinan PKR goyah?

"Kami sudah memaklumkan kepada pimpinan nasional PKR bahawa kami tidak boleh menerima keputusan yang dibuat di peringkat nasional mengenai pengagihan kerusi,” kata Baru Bian, pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak.

Lantang dan berani nadanya. Malah beliau juga menegaskan bahawa PKR Sarawak menolak keputusan rundingan pemimpin PKR dan DAP peringkat nasional itu “kerana ia bertentangan dengan mandat PKR Sarawak”.

Justeru keputusan diambil untuk memulau hasil rundingan itu kerana PKR Sarawak mempunyai kuasa veto untuk menolak keputusan pimpinan nasional jika ia tidak selari dengan kehendak pimpinan di peringkat negeri.

Selasa, 19 April 2016

PAS Desak SPRM Percepat Siasatan Isu Banglo Lim Guan Eng

KOTA BHARU – Pas berpandangan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mempercepatkan siasatan terhadap aduan berkaitan isu tanah Taman Manggis dan banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang, yang mengaitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng demi keadilan dan kepentingan semua pihak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, prinsip undang-undang iaitu “keadilan yang diperlambatkan adalah keadilan yang dinafikan” harus diguna pakai dalam mengendalikan kes, terutama membabitkan orang kenamaan.

Beliau berkata, pihak berkuasa seharusnya bertindak segera dengan memanggil semua pihak berkaitan sama ada yang dianggap ‘suspek’ mahupun yang berkemungkinan menjadi saksi kes.

Ahad, 17 April 2016

Kepura-puraan Tun M dan Pembangkang semakin nyata

Kempen Selamatkan Malaysia yang digerakkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dianggap satu usaha politik yang sudah 'retak dan hanya menanti belah'.

Ia boleh terencat dan pupus begitu sahaja kerana matlamat gerakan yang diimpikan oleh Tun Mahathir itu adalah nyata tidak serasi dengan apa yang diharapkan PKR, DAP dan PAN

Pakatan Harapan yang sebelum ini gagah dipimpin oleh Anwar Ibrahim masih berharap kemunculan Tun Mahathir dalam saf pembangkang akan meningkat kebarangkalian untuk berjaya.

Rabu, 13 April 2016

Mohon PM Saman Mahathir RM 42 Billion

Saman yang difailkan Mahathir terhadap Perdana Menteri semalam, pada pandangan ramai, adalah bersifat remeh dan menghina Mahkamah.

Dari segi angka itupun sudah salah kerana berdasarkan siasatan SPRM yang disahkan Peguam Negara, derma yang diterima Perdana Menteri pada tahun 2013 itu adalah berjumlah RM 2.08 billion dan telah dipulangkan semula RM 2.03 billion.

Kemasukan wang itu ke dalam negara ini adalah dengan pengetahuan Bank Negara dan mengikut semua prosedur yang ditetapkan.

Isnin, 11 April 2016

‘Deklarasi Tun M-Kit Siang’ Anjuran Anak Muda Dapat Sambutan LUAR BIASA

KUALA LUMPUR Program ‘Deklarasi Mahathir – Lim Kit Siang’ anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai ‘Anak Muda Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan petang tadi, Sabtu.

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sabtu, 9 April 2016

Mahathir Lari, Enggan Jawab Soalan Kata Chegubard


KUALA LUMPUR – Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad lari meninggalkan majlis selepas enggan menjawab persoalan yang diutarakannya ketika program Dialog Anak Muda ‘Deklarasi Rakyat, Realiti Atau Fantasi’ di Clubhouse Persatuan Alumni UM, sebentar tadi.

Chegubard turut menyifatkan program yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu sebagai tiada pengisian.

“Program dialog anak muda dengan Mahathir sebentar tadi tak ada apa kerana akhirnya Mahathir tak menjawab soalan dan lari balik awal.

“Tinggalkan Ambiga dan Maria untuk menjawab soalan malah wartawan dan rakaman juga tidak dibenarkan, katanya sebentar tadi.

Menurut Chegubard, wartawan dan rakaman tidak dibenarkan, malah pengacara majlis juga mengingatkan awal pengguna media sosial agar tidak melaporkan program tersebut.

Jumaat, 8 April 2016

Adakah Mahathir sudah tiada maruah??

Kemana hilangnya prinsip dan pendirian Mahathir selama lebih 22 tahun yang selama ini dipegang semasa dia berada dalam Umno? Kenapa hanya kerana sedikit kemahuan peribadinya tidak dilayan, dia sanggup mencari pembangkang dan bekerjasama dengan mereka?

Dalam siri-siri ‘roadshow’ untuk menjatuhkan Najib Razak, Mahathir secara berdepan telah diperkecilkan dan dikutuk oleh para pemimpin pembangkang yang pernah menerima ‘hukuman’ daripadanya. Sebagai contoh isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Azmin Haji Ali. Adakah Mahathir sudah tiada maruah?

Sedar ataupun tidak, sebenarnya apa yang Mahathir lakukan sekarang telah membantu pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP untuk mendapatkan undi orang Melayu di negara ini.

Khamis, 7 April 2016

Mahathir Bukan Tarikan Demonstrasi

Pembangkang silap kalau menyangka batang tubuh Mahathir mampu menarik ramai orang datang menyertai demonstrasi yang dikepalainya. Sebagai orang yang biasa menghancurkan demonstrasi pada waktu jadi Perdana Menteri, Mahathir bukanlah 'star' dalam apa-apa demonstrasi. 

Anwar tu lain, demonstrasi dengan dia macam irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan - beza dengan Mahathir.

Sudah 2 demonstrasi yang diadakan setakat ini di mana Mahathir datang tapi tak mampu menjana sambutan besar-besaran yang diharapkan. Manakan tidak, bila sebut nama Mahathir, ingat FRU, macam mana orang nak datang, terutama generasi pendemo 1998 ke atas.

Rabu, 6 April 2016

Mahathir Bersekongkol Dengan Individu Liberal serta Menentang Islam ???

SHAH ALAM – Gerakan Selamatkan Malaysia yang dikepalai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak sangat berbahaya kerana ia turut disertai pihak yang ‘tidak percaya kepada sistem pemerintahan’ negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata, penglibatan pemimpin DAP dan beberapa individu yang dikaitkan dengan fahaman liberal dalam gerakan itu mampu memberi kesan jangka panjang kepada sistem di negara ini.

“Pada saya, apa yang dibuat oleh Tun M dan rakannya yang Melayu beragama Islam adalah sangat bahaya. Pertamanya, anda boleh lakukannya kalau memang tidak percaya kepada PM, tapi jangan ‘incite’ (hasut) untuk orang-orang yang tak percaya kepada sistem negara kita.

Isnin, 4 April 2016

Pulau Pinang wajar kembali semula kepada Kedah

PETALING JAYA: Penceramah kontroversi, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah merayu kepada Sultan Kedah untuk mengambil semula Pulau Pinang.

Mohd Ridhuan mendakwa, Pulau Pinang wajar kembali semula kepada Kedah dengan mendakwa umat Islam di negeri itu ditindas oleh golongan ‘ultra kiasu’.

Katanya, Sultan Kedah ketika ini, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong berupaya untuk mengambil semula Pulau Pinang.

Sabtu, 2 April 2016

Pas hadir program ada Najib

SHAH ALAM - Susulan kehadiran pihaknya dalam majlis himpunan 20,000 Huffaz di ibu kota semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Pas tampil menjelaskan perkara itu.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan memberitahu kehadiran mereka ke majlis itu atas jemputan rasmi Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta).

“Jangan bimbang sahabat sekelian. Kami pergi ke majlis Himpunan 20K Huffaz adalah untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan Pinta yang didalamnya ada lebih 300 buah Maahad Tahfiz bergabung bagi memperjuangkan pusat pengajian tahfiz,” katanya melalui kemaskini di Facebook.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...