Selasa, 31 Mei 2016

Presiden MCA, MIC Biadap, Dipersilakan keluar BN???

KUALA LUMPUR Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zain menyifatkan pemimpin komponen BN yang membantah cadangan menambah baik undang-undang syariah sebagai biadap.

Zamihan berkata, adalah tidak wajar MCA dan MIC mencampuri urusan hal ehwal agama Islam dan tiada alasan serta keperluan untuk parti bukan Islam membantah RUU tersebut.

“RUU terbabit adalah berhubung Mahkamah Syariah yang hanya dikuatkuasakan terhadap penganut agama Islam. Ia sedikitpun tidak melibatkan hak dan kepentingan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isnin, 30 Mei 2016

PKR WILAYAH TOLAK SEPENUHNYA DEKLARASI MAHATHIR

SHAH ALAM: PKR Wilayah Persekutuan menolak Deklarasi Rakyat yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan Malaysiakini, Ketua PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad menulis surat kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 19 Mei lalu.

Dalam surat itu menyebut, komitmen mereka kepada gerakan reformasi dan presiden parti itu.

Idris yang juga merupakan ADUN Ijok itu memperincikan hasil mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan pada 18 Mei, yang bersetuju untuk:

Ahad, 29 Mei 2016

Saat Kita Kehilangan Kuasa Semakin Dekat

Lim Kit Siang mahu semua rakyat Malaysia membaca bukunya Time Bombs in Malaysia, kerana di situlah terletak tapak semaian membenci kerajaan. Dalam buku itu, semua pembangunan yang kerajaan buat adalah salah, korup dan tidak cekap.

Terkini Kit Siang mendakwa sebanyak 10 TIME BOMBS akan berlaku di Malaysia hasil pemerintahan kerajaan Melayu. Dalam bahasa lain, dia
menuduh kerajaan pimpinan Melayu bodoh.

Sampai hari ini DAP masih menanam dan menyemai kepercayaan itu, sehinggakan ramai di kalangan
anak Melayu (dari peringkat belia hingga ke usia warga emas) sudah mencemuh dan tidak menghormati kepimpinan Melayu.

Sabtu, 28 Mei 2016

MCA, GERAKAN, DAP ANTI ISLAM

Pemimpin utama MCA, Gerakan mahu letak jawatan jika hudud diluluskan. Bagus jugak...

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) hudud diluluskan.

Ini selepas kerajaan, tanpa berunding dengan parti-parti komponen BN, menyokong pembentangan RUU persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Liow adalah menteri pengangkutan manakala Mah menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Liow dipetik oleh The Star sebagai berkata, beliau cuba menyekatnya dan cuba untuk mendapatkan semua parti komponen (BN) untuk menghalangnya.

Jumaat, 27 Mei 2016

Budiman calon BN untuk PRK Sungai Besar

SUNGAI BESAR: ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.

Berita lanjut menyusul


Rabu, 25 Mei 2016

AMANAH Memperlekeh Kekuatan Jentera Pilihanraya PAS

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor memperlekeh kekuatan jentera pilihan raya PAS apabila menyifatkan ia bukan faktor utama kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. 

Ketua Pemuda Amanah negeri, Abbas Azmi, berkata mengambil contoh pada pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS tewas di Parlimen Jerai, Kedah walaupun jentera parti itu berjaya menarik ribuan hadirin setiap kali ketika berkempen. 

"Sekuat mana pun jentera PAS, jika ia tidak diterima pengundi, mereka (PAS) akan kalah juga. Walaupun jentera Amanah sedikit, tetapi ia bukan ukuran. Ini kerana, akhirnya yang akan mengundi dan membuat keputusan ialah pengundi itu sendiri. 

Selasa, 24 Mei 2016

PALSU DAN JAHAT : SPRM Buat Laporan Polis Ke Atas Tun Mahathir!!!

Tun Oh Tun..... Mengapa semakin hari semakin "janggal" dan "tidak masuk akal" tindakan serta kenyataan yang Tun buat. Apakah Tun lupa krisis pada 1983, di mana pindaan perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Dan kelmarin Tun pula membuat tuduhan bahawa Yang di-Pertuan dan Raja-Raja Melayu dikenakan tahanan rumah. Apa citer Tun Oiii.....

Susulan itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaannya itu.

Beliau berkata dakwaan bekas perdana menteri itu “palsu dan jahat”.

Ahad, 22 Mei 2016

NAJIS: Mahathir Tak Mengata Najib, Dia Mengata UMNO

Mahathir pura-puralah tersalah menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Najis. Tak apalah, Najib takde kesan di hatinya apa yang Mahathir cakap sebab selepas menang besar di Sarawak, tekanan bukan pada Najib lagi dah tapi pada Mahathir.

Pun begitu, ini ke yang disanjung sangat oleh pengikutnya tu konon pagi-pagi baca Al-Quran dulu sebelum buat apa yang lain, walilah konon. Macam tak betul saja perangai tu, orang yang beriman dengan Al-Quran mana ada akhlak macam ini.

Kalau ada, bagi satu contoh nak tengok.

Khamis, 19 Mei 2016

Mahathir Tunjuk Sifat Terkutuk Kata Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan sifat terkutuk beliau dalam keterlibatannya menerusi Deklarasi Rakyat.

Beliau menyatakan kekesalannya mengenai keterlibatan melampau pemimpin di dalam Deklarasi Rakyat sekali gus berpesan agar pimpinan Pakatan Harapan berhati- hati dengan muslihat yang didalangi Tun Mahathir dan Daim.

“Beliau (Tun Mahathir) terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri. Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai.

Rabu, 18 Mei 2016

Akta Penjara 1995 Dicabuli

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Tindakan individu yang membawa keluar surat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata
Akta Penjara 1995 menyatakan seseorang yang menyeludup atau cuba menyeludup barang larangan masuk atau keluar dari penjara sebagai satu kesalahan.

Akta Penjara memperuntukkan barang larangan dibawa masuk atau keluar adalah dadah, wang atau arak dan termasuk alat atau artikel seperti ditetapkan Komisioner Jeneral dari semasa ke semasa.

"Sepatutnya kena ada siasatan, tetapi surat telah pun keluar...Jabatan Penjara perlu berhati-hati selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Selasa, 17 Mei 2016

RASANYA TAK SEMPAT MAHATHIR NAK BUNUH BN

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Barisan Nasional (BN) ditewaskan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan gabungan itu, kata setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata bekas perdana menteri itu telah cuba menjatuhkan presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sekarang niatnya mahu menjatuhkan BN pula.

Tengku Adnan bercakap kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata UMNO tidak dapat menerima hal ini.

"Adalah amat jelas beliau kini bersama pembangkang dan beliau mahu membunuh parti," katanya.

Isnin, 16 Mei 2016

Gengster bertatu di muka hijrah lepas mimpi kiamat

GARA-gara mimpi hari kiamat seorang gengster dari negara jiran yang dikenali dengan nama 'Abang Long Fadhil'  atau nama sebenarnya Muhd Fadhil, 29 kini memilih untuk kembali ke jalan ALLAH SWT.

Meskipun kehadirannya di masjid mahu pun surau sering mengundang pandangan sinis berikutan penampilannya yang bertatu termasuk di wajah, namun tekad sudah dibulatkan dan beliau tidak ambil pusing lagi.

“Pada Januari 2014, saya mimpi hari Kiamat. Dalam mimpi itu saya sedang berhibur di pantai, minum arak dengan kawan-kawan, tiba-tiba ombak tinggi datang dan saya jerit ajak kawan-kawan lari dan saya terus lari. Apabila saya toleh belakang, semua kawan saya tak ada, ombak setinggi lapan tingkat tadi pun tak ada.

Deklarasi Mahathir: Hari Ini Mesyuarat Raja Raja, Semalam Cukup Sejuta. Lawak .....Haaaa

RAKYAT TELAH DITIPU OLEH MAHATHIR.
PENULIS tak tahulah siapa bodoh nak tandatangan deklarasi Mahathir ni. Kononnya dengan kumpul sejuta tanda tangan (atas talian), nanti bawak pi jumpa Agung dan Perdana Menteri boleh diganti.  Mudah betul.

Katalah, betul cakap Mahathir dapat satu juta sign ni, Perdana Menteri boleh diganti. Apa jadi kalau nanti puak-puak Anwar pulak datang bawak sejuta satu tandatangan, minta Perdana Menteri yang dilantik dengan sejuta tandatangan itu tadi diganti, macam mana, nak ikut?

Haru biru la. Itupun ada jugak yang percaya, betul tak reti cara mana otak puak-puak ni bekerja.

Ahad, 15 Mei 2016

Wanita Arab Saudi periksa telefon suami boleh dipenjara, sebat

Wanita Arab Saudi berdepan risiko dipenjara dan disebat jika disabitkan bersalah memeriksa telefon suami mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran. Ia tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah negara itu, sebaliknya dilihat sebagai melanggar urusan peribadi.

Menurut peguam Mohammed Al-Temyat, yang memperkenalkan diri sebagai anggota Program Keselamatan Keluarga kerajaan Arab Saudi, wanita boleh dihadapkan ke mahkamah jika saman difailkan terhadap mereka. Jawatankuasa itu ditubuhkan pada 2005 untuk memperbaiki akses kepada perkhidmatan sosial.

Ahad, 8 Mei 2016

Hargai Dan Hormati Ibu Dengan Baik – Sultan Johor

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah agar semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa menghargai ibu masing-masing.

Menulis di status Facebook, baginda juga berharap agar insan yang bergelar ibu sentiasa dihormati dan dijaga dengan baik.

Saya berharap anda semua akan menghargai ibu anda. Hormatilah dan jagalah mereka dengan baik. Saya mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kepada semua yang bergelar Ibu,” katanya lagi.

Sabtu, 7 Mei 2016

Mahathir Tak Datang Sebab Tak Dapat Sambutan Bukan Jet Tak Boleh Terbang

Sepatutnya semalam Mahathir akan mengadakan satu siri ceramah dengan ahli-ahli UMNO Kelantan di Tupong Banquet, Kota Bharu.

Disebalik promosi hebat menggunakan jentera maya dari Kelab Che Det (KCD) dan Sayang Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM), program itu gagal menarik minat orang ramai apabila dihadiri tidak lebih 150 orang, disebalik jumlah likers kedua-dua page itu yang berjuta-juta.

Selasa, 3 Mei 2016

Darah Masih Hijau Bubarkan Parti Amanah Negara Sekiranya Benar-Benar Sayang Pas

RANTAU PANJANG – Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan mencabar Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membubarkan Parti Amanah Negara sekiranya benar-benar menyayangi Pas.

Presidennya, Razak Abas berkata, tindakan Wan Abdul Rahim terhadap Pas sebelum ini tidak pernah selari dengan ucapannya ketika ini.

Menurutnya, selepas kalah, Wan Abdul Rahim keluar Pas dan menubuhkan Amanah, malah mengaitkan 10 lagi Adun menyertai Amanah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...