Ahad, 31 Julai 2016

Kali Kedua Mahathir Terkait Isu Insider Trading

Bekas rakan kongsi anak Mahathir Mokhzani dalam Kencana Petroleum, Yeow Kheng Chew hari ini didakwa dan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan 'insider trading' sejumlah saham Kencana sekitar tahun 2011.

Mokhzani keluar dari Kencana Group pada tahun 2015 tapi masih mengekalkan sejumlah saham yang besar dalam syarikat tersebut. Dipercayai, Mokhzani juga hanya menunggu masa untuk dikaitkan dengan perkara ini.

Pertuduhan ini membuat kita tertanya-tanya, adakah ini sebabnya kenapa Mahathir melobi agar DoJ Amerika Syarikat membuat pengumuman untuk menyaman sivil 4 individu kerana didakwa menggelapkan wang 1MDB, bila mana 1MDB tak tahu pun wangnya digelapkan?

Rabu, 27 Julai 2016

MADEY DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT KEPADA LIM GUAN ENG ???

Memang Tugas Kerajaan Penjarakan Perasuah

Mahathir mendakwa kerajaan ada rancangan untuk memenjarakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng yang terpalit dengan dua skandal rasuah serta telah di dakwa di Mahkamah.

Apa punya bodoh statement itu?

Bukankah memang tugas kerajaan untuk memenjarakan pesalah rasuah? Sebab itu kerajaan tubuhkan SPRM, bayar gaji hakim dan pendakwaraya sebab nak pastikan pesalah rasuah (dan siapa juga yang langgar undang-undang) dibicarakan dan dihukum kalau didapati bersalah.

Sabtu, 16 Julai 2016

HATI TUN MADEY KIAN MEMBUSUK

Tun M pecah belahkan orang Melayu

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizan Ibrahim menyifatkan hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menubuhkan parti baharu hanya memecah belahkan orang Melayu dan Bumiputera.

Menurut Irmohizan, Mahathir sangup berkompromi dengan parti pembangkang lain semata-mata ingin menewaskan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Khamis, 14 Julai 2016

Raja Muda Selangor Sertai Askar Melayu

KUALA LUMPUR – Tunku Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memulakan tugas sebagai anggota Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) setelah melaporkan diri di Kem Terendak, Melaka.

Tengku Amir telah diserapkan ke Batalion ke-17 sebagai Pegawai Tentera Darat DiRaja Malaysia (TDDM) dengan pangkat Leftenan Muda setelah menjalani latihan Pegawai Kadet selama setahun di Kolej Tentera Darat (KTD), Port Dickson.

Berita tersebut dikongsi oleh laman Facebook Selangor Youth Community yang turut menyertakan beberapa rakaman foto Raja Muda Selangor yang sedang mengikuti majlis pentauliahan di Kem Terendak.

Ahad, 10 Julai 2016

APA KAH TINDAKAN YANG SESUAI KE ATAS KOR MING ???


IPOH – “Saya tak hina sesiapa. Siapa makan cili dia yang rasa pedasnya,” itu penjelasan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung gambar karikatur yang dimuat naik menerusi laman Facebook dikatakan menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, karikatur yang dimuat naik tersebut hanyalah sindiran kepada pihak-pihak tertentu yang sudah pun diketahui umum.

Katanya, mana-mana pihak tidak perlu melatah dan terasa hati dengan karikatur berkenaan sekiranya mereka faham apa yang dimaksudkan.

Sabtu, 9 Julai 2016

EGO DAN SOMBONG GUAN ENG MAKAN DIRI

SEKARANG LAWAN MAHKAMAH DEPAN-DEPAN TAK PERLU TUDUH "TUDUHAN POLITIK" INI KES RASUAH
Dulu Lim Guan Eng semasa mempertahankan Pasukan PPS haram di Pulau Pinang bukan main lagi lantang dan sombong! Guan Eng kata;
"You nak cari saya, you datang cari saya, bila-bila saya layan," "betul tak? bila-bila masa saya tak lari, saya pantang lari, bila-bila masa lawan tatap lawan. Jangan main-main sama saya. Kalau mau cari saya, cari depan depan."
Sekarang apa lagi. Kes rasuah dah di bawa ke mahkamah. Lawanlah depan depan. Buat apa kempen sana sini untuk "Sub Judice". Lawan mahkamah buktikan tidak bersalah di mahkamah. Bagi elak jawatan ada kepentingan maka letak jawatan dahulu kerana kes mahkamah!

Sumber: captainm


Isnin, 4 Julai 2016

Pelawak Fakkah Fuzz atau FUCKER PUSS Kurang Ajar

Kerajaan Malaysia tidak perlu bertolak ansur dengan rakyat Singapura seumpama ini kerana Kerajaan Singapura turut akan melakukan tindakan sama terhadap warga Malaysia yang dianggap kurang ajar.

Bekas pekerja pembersihan kompleks beli belah dan pengawal keselamatan yang kini pelawak di Singapura, Fakkah Fuzz dibidas rakyat Malaysia berikutan tindakannya melawak dengan cara biadap dengan menyamakan Perdana Menteri Malaysia sebagai pencuri.

Bapanya yang berasal dari Melaka, dijangka membawa pelawak ini atau nama sebenarnya, Muhammed Fadzri Abdul Rashid pulang ke negeri itu bagi menyambut Aidiltri dan rakyat Malaysia mendesak kerajaan mengharamkan kemasukan pelawak ini.

Ahad, 3 Julai 2016

MAT SABU KUTIP DERMA NAK BAYAR SAMAN RAHIM THAMBY CIK ???

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana didakwa menuduh beliau atas kesalahan seksual.
"Saya tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah atas kesalahan seksual dan saya akan memastikan Mat Sabu diheret ke mahkamah," kata bekas Ketua Menteri Melaka itu menerusi Twitternya pada malam Sabtu.
Mat Sabu dilaporkan menyifatkan penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai 'tayangan ulangan' plot yang sama.

Sabtu, 2 Julai 2016

LIM GUAN ENG LETAK SEMUA JAWATAN DAP

LIM GUAN ENG TAK PERLU TUNGGU LAMA-LAMA LAGI.
Saya ingin mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini bagi membolehkan saya menumpukan perhatian untuk pembelaan saya untuk membuktikan kerajaan Pulau Pinang bersih daripada rasuah.

Saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP agar parti ini tidak terpalit dengan dakwaan yang dirancang oleh kerajaan Umno ini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk Pulau Pinang yang sentiasa menyokong program ketelusan dan akauntabiliti yang dilancarkan kerajaan DAP.

LIM GUAN ENG
---------------

Di atas adalah contoh kenyataan yang boleh digunakan Lim Guan Eng Sekian. Sekian. Selamat Hari Raya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...