Jumaat, 21 Oktober 2016

Suara Anti-Melayu Dan Islam Bergema Sejak PRU 1969

SIKAP anti-Melayu terutama menentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, serta Keistimewaan Melayu sebagai Bumiputera yang tertera dalam Perkara 153 dibangkitkan secara terbuka sejak kempen PRU 1969.
Selain itu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ditentang dan dicabar oleh parti totok Cina ditempikkan serentak sejak kempen PRU 1969 yang mencetuskan titik bermulanya krisis perkauman di negara ini.
Ketika kempen Pilihan Raya 1969, parti pembangkang Cina diketuai DAP sudah menampakkan kesungguhan untuk mencabar Perlembgaan Persekutuan.
Parti totok Cina yakin isu anti Melayu dan Islam mendapat sokongan kaum Cina berdasarkan kejayaan menafikan majoriti dua pertiga kepada Kerajaan Perikatan pimpinan UMNO pada PRU ke-4 itu.

Rabu, 19 Oktober 2016

Sampai bila mahu fitnah Abdul Hadi?

Pemuda Pas hari ini mengutuk keras pemberitaan sebuah stesen televisyen tempatan yang didakwa salah tafsir kenyataan sebenar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan stesen televisyen itu yang memberi laporan salah terhadap Abdul Hadi dalam isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membelakangkan prinsip asas pemberitaan yang mementingkan kebenaran dan kebertanggungjawaban.

“Amat malang sekali apabila stesen televisyen itu telah memanipulasi pertanyaan Abdul Hadi dengan hanya menyiarkan sekerat sahaja tanpa menyiarkan sepenuhnya soalan tersebut dengan niat untuk menggambarkan kononnya GST disokong oleh Abdul Hadi.

Isnin, 17 Oktober 2016

Jangan tergesa-gesa tuduh saya, hormatlah SPRM

Bekas menteri Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan kalangan mereka yang menuding jari kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa tempoh beliau menerajuinya berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan peruntukan persekutuan untuk Jabatan Air Sabah bernilai RM3.3 bilion.
"Ia agak membingungkan dan melucukan bahawa pihak berkuasa negeri berada dalam tergesa-gesa untuk mengaku mereka tidak bersalah kepada umum dan mengalihkan kesalahan itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah apabila siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berterusan.

Rabu, 12 Oktober 2016

MADEY...MADEY....DAH TAHU BUAT HURU-HARA PULAK

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah untuk pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi 14 parti komponen.

Beliau berkata gabungan 14 komponen itu akan saling membantu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mengundi calon yang diletakkan di sesuatu kawasan.

"Bila seorang calon BN dipertandingkan, ahli dari 14 parti (komponen) yang lain akan sokong calon itu dan parti lawan akan selalu kalah.

"Ini kerana parti lawan masing-masing fikir tentang parti masing-masing tak fikir bagaimana parti nak bersatu padu, sebab itu tak boleh capai kemenangan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat negeri Perak di sini hari Ahad.

-- BERNAMA


Ahad, 9 Oktober 2016

Hari demi hari Mahathir semakin hilang akal dan sikit saja lagi boleh jadi gila.

Mahathir….. sikit saja lagi.

Semasa berucap di dalam sebuah ceramah di Muar semalam Mahathir berkata sedikit sahaja lagi perubahan jumlah wakil rakyat, boleh menumbangkan tiga kerajaan negeri BN - Perak, Terengganu dan Johor - sebelum pilihan raya umum akan datang.

Kita mahu tanya Mahathir kerajaan bagaimanakah yang akan terbentuk sekiranya mimpi basahnya menjadi kenyataan? Umum mengetahui PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PAN. Adakah Mahathir sanggup memberi kuasa pemerintahan kepada DAP di Perak dan Johor sekiranya mimpi basahnya menjadi kenyataan ?

Tetapi mengenali Mahathir, dia sanggup lakukan apa sahaja demi matlamatnya untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri. Ini kerana sebelum ini juga kita tahu yang dia sanggup letak Lim Kit Siang sebagai timbalan Perdana Menteri bersama anaknya sekiranya mereka memenangi PRU 14 nanti.

Hari demi hari Mahathir semakin hilang akal dan sikit saja lagi boleh jadi gila.

Sumber: Balqis Sheikh


Sabtu, 8 Oktober 2016

Rusia beri amaran tembak pesawat AS

MOSCOW - RUSIA. Kerajaan Rusia memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya berhenti menyerang penempatan askar rejim Bashar al Assad di Syria.

Dalam satu kenyataan, Rusia mendakwa mereka bersedia untuk menggunakan sistem pertahanan udaranya untuk membalas serangan jet pejuang AS.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov memberitahu serangan dari AS ke kawasan yang dikawal Bashar juga mengancam nyawa tentera Rusia.

"Saya mencadangkan supaya rakan kami di Washington supaya menimbangkan kesan yang munkin timbul dari pelan serangan mereka," kata Igor dipetik laporan Dailymail.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...