Selasa, 13 Disember 2016

“Tun Mahathir Pula? Wa Allahua’lam..” – Zein Isma

Penyokong pembangkang diminta tidak berterusan mengecam institusi diraja hanya kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersengkongkol dengan mereka tidak dijemput menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V pada 13 Disember ini.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Sultan Muhammad V pasti mempunyai sebab tersendiri dalam menilai siapa yang berhak untuk hadir dalam istiadat bersejarah tersebut kerana baginda tidak memerlukan sesiapa untuk mengawal tindakannya.
“Keputusan tersebut tidak memerlukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi tekanan atau menyalahgunakan jawatan dalam menentukan siapa jemputan yang perlu hadir semasa istiadat tersebut.

Sabtu, 10 Disember 2016

Mahathir Meroyan Jemputan Dibatalkan!

Tun Dr. Mahathir Mohamad bersikap kebudak-budakan apabila menuduh kononnya Istana Negara adalah milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berperangai seperti kanak-kanak kecil hanya kerana tidak dijemput menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V pada 13 Disember ini.
Mahathir yang kini merupakan sekutu kuat DAP dan Pakatan Harapan turut membuat tuduhan biadap acara mengangkat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara itu sebahagian daripada agenda politik parti.
“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti. Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah.

Jumaat, 9 Disember 2016

Anak Beranak Hina Istana?

1. Jemputan dan pembatalan jemputan ke atas Tun Mahathir Mohamad dan isteri ke Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, telah dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu secara tertib dan penuh budi pekerti.
2. Ia dilakukan secara bertulis dan ditujukan kepada mereka yang terbabit sahaja tanpa sebarang kenyataan akhbar mahupun hebahan. Malah jelas tertera dalam surat tersebut perkataan SULIT. Ini jelas budi pekerti Istana Negara dalam berhadapan dengan rakyat seperti mana Waadad Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.

Khamis, 8 Disember 2016

GUAN ENG MENANGIS SETELAH TAHU RAHSIA TSMY

Umno Pulau Pinang membidas sikap bekas Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini dilihat sanggup menggadai prinsipnya demi kepentingan politik peribadi.

Menurut Ketua Umno Bahagian Bagan, Datuk Ir Dr Shaikh Hussein Mydin, 'Muhyiddin yang dahulu bukanlah yang sekarang' kerana peribadinya kini sangat berbeza.

"Waktu Muhyiddin jumpa kami dalam bilik untuk bincang mengenai pilihan raya (dulu), punyalah beliau rasis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...