Rabu, 16 Ogos 2017

KECOH 'NOTHING TO HIDE 2.0', GAMBARAN AWAL JIKA MALAYSIA DITADBIR PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kekecohan yang berlaku pada forum 'Nothing to Hide 2.0' menggambarkan bencana yang bakal dihadapi Malaysia sekiranya pembangkang yang diketuai DAP memperoleh kuasa pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri berkata dakwaan liar yang mempersalahkan UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kekecohan itu oleh pemimpin pembangkang adalah tidak benar, semberono dan tidak bertanggungjawab serta merupakan percubaan jelas untuk mengalih perhatian daripada perpecahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"
PPBM bertanggungjawab sepenuhnya kepada acara itu, jadi untuk menyalahkan UMNO atas kekecohan itu merupakan percubaan pembangkang untuk menutup tindakan memalukan itu yang dilakukan anggotanya sendiri.

Selasa, 15 Ogos 2017

#NOTHING TO HIDE: Mahathir Elak Jawab Soalan Kes Liwat Anwar

Ia sepatutnya menjadi acara ‘tidak apa yang hendak disembunyikan’ tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan mengelak daripada memberikan jawapan terus kepada beberapa soalan yang ditimbulkan pada forum Nothing To Hide 2.0 hari ini.
Ini termasuk dua soalan mengenai pemenjaraan pemimpin Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat pada tahun 1998, dan sama ada Dr Mahathir bersetuju untuk terima pesalah yang telah disabitkan sebagai seorang Perdana Menteri.
Aktivis politik Fariz Hadi, 32, yang bangun menanyakan soalan apabila moderator Azhar Harun membuka ruang untuk menjawab soalan berkata, dia ingin tahu jika Anwar dipenjara kerana beliau telah melakukan kesalahan itu, atau ia bermotifkan politik.
“Sekiranya benar bahawa dia (Anwar) bersalah meliwat, dia adalah seorang penjenayah yang telah disabitkan, bagaimana Pakatan Harapan boleh menjadikan seorang banduan sebagai Perdana Menteri? SEBALIKNYA UNTUK MENAIKKAN ANAKNYA MUKHRIZ ?????

Ahad, 13 Ogos 2017

ORANG YANG DIA LAWAN, SUATU HARI JADI KAWAN

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak melampau dalam sebarang perselisihan pendapat dan perbalahan.

Malah, katanya terdapat hadis Nabi Muhammad SAW yang menggesa agar menolong orang kena zalim dan orang yang melakukan kezaliman.

“Oleh sebab itu, bermusuh dengan orang berpada-pada. Sebab itu, kita disuruh buat baik kepada orang sama ada orang baik, orang jahat.

“Nabi SAW kata, tolonglah saudaramu yang buat zalim dan yang kena zalim. Maka seorang laki-laki berkata: wahai Rasulullah tolong orang kena zalim kami faham tapi menolong orang berbuat zalim, bagaimana?

“Rasulullah menjawab menghalangi atau mencegahnya dari kezaliman, begitulah cara menolongnya.

“Halang orang yang buat zalim itu, makna tolong orang yang buat zalim. Tolong selamatkan dia supaya dia bertaubat dan balik ke pangkal jalan. Itu cara menolongnya,” jelasnya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan Pagi Jumaat buat kali kedua di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Sabtu, 12 Ogos 2017

DAJAL AKHIR ZAMAN TERUS MENGGANAS

1 November 2016, hasil lawatan Datuk Seri Najib ke China sejumlah 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 billion telah dipersetujui. Salah satunya adalah projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.

Semasa China bersetuju untuk melabur dalam projek ECRL berkelas dunia bernilai RM55 billion ini pada November lepas, pembangkang membuat pelbagai tohmahan dan kutukan kononnya Malaysia sudah kena gadai dengan China.

Tuduhan yang sama sekali tidak benar, ini kerana dalam masa yang sama pelaburan Malaysia bernilai RM7.5 billion juga masuk ke China. Bila Guan Eng meminjam wang tanpa had dari Exim Bank of China tidak pula dikata Pulau Pinang kena gadai? 

Projek ECRL ini adalah satu projek bertaraf dunia untuk rakyat biasa. Pembangkang tidak perlu mempolitikkan semua benda, kerana
kebaikan ECRL ini manfaatnya adalah untuk semua rakyat biasa.

Sistem pengangkutan yang moden dan bertaraf dunia ini akan memudahkan pergerakan ramai orang, dari Selangor terus ke Kelantan dalam masa 4 jam sahaja.

Rabu, 9 Ogos 2017

Lapor Jika Ada Penjawat Awam Hidup Mewah Melampau - SPRM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjawat awam yang hidup mewah melampau agar melaporkan perkara itu kepada mereka dengan segera.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata lazimnya penjawat awam yang hidup mewah ini terlibat salah guna kuasa dan rasuah serta mempunyai jawatan tertentu dalam kerajaan.

"Bagaimana pegawai kerajaan boleh hidup mewah melampau melebihi pendapatan mereka, SPRM akan melihat daripada mana mereka (penjawat) dapat harta (melampau), adakah ia diperoleh secara sah," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini, malam ini.

Beliau berkata SPRM kini membuat pemantauan teliti terhadap pegawai berjawatan tinggi termasuk melihat perolehan harta mereka.


Menurut Azam,
penjawat awam yang telah bersara juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mempunyai bukti kukuh mereka terlibat salah guna kuasa ketika dalam perkhidmatan.....

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 6 Ogos 2017

BARUA NG KOR MING PERLU DIAJAR !!!!

Hina Tun Razak Di Facebook, Nga Kor Ming Buat Fitnah Hasutan Lagi
Menjadi wakil rakyat bukan tiket untuk menabur fitnah dengan menyebar perkara-perkara bersifat hasutan. Bukan sekali, malah sudah beberapa kali, wakil rakyat DAP ini terus mengulangi sikap biadapnya itu.
Nga Kor Ming, Ahli Parlimen DAP adalah salah seorang wakil rakyat yang biadap, kurang ajar dan sering menabur kebencian terhadap pemimpin negara.
Terbaru, beliau telah menyebar fitnah mengenai bapa pembangunan negara, Allahyarham Tun Abdul Razak dengan menyebar satu poster berunsur hasutan yang mempersoalkan mengenai Tun Abdul Razak. Poster itu turut mengangkat ketua komunis Malaya, Chin Peng sebagai heronya.
Poster itu memuji Chin Peng kononnya dia berjuang melawan Jepun. Hakikatnya Chin Peng adalah pengkhianat dan petualang negara yang mahu menjadikan negara sebagai sebuah negara komunis satu ketika dahulu.

Sabtu, 5 Ogos 2017

MADEY KUTTY PERANCANG UTAMA UNTUK MENJATUHKAN NAJIB ???

PEMBELIT NOMBOR SATU NEGARA TUN MAHATHIR MOHAMAD TERBELUT.
Zahid dedah miliki rakaman perbualan Tun M mahu jatuhkan Najib.

JERLUN 4 Ogos – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa beliau mempunyai rakaman perbualan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan pada 2015 berhubung strateginya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO itu berkata, sebagai seorang yang pernah dimasukkan ke dalam penjara di bawah ISA pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri itu, beliau terpaksa bertindak demikian untuk memastikan tidak kembali terjerat dalam permainan politiknya.

Khamis, 3 Ogos 2017

Politik Pusat-Negeri: Penduduk Jadi Mangsa

Ibarat kata pepatah Melayu, gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.
Itulah nasih yang dialami oleh lebih seribu penduduk Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang (PPR Lembah Subang 1) di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Kelmarin, dua orang anak seorang penduduk di sana, K Bawani tidak ke sekolah.
Suri rumah berusia 37 tahun itu berkata, anak-anak tidak sakit tetapi cuma "malas" untuk berjalan turun daripada rumah kos rendah dua bilik mereka di tingkat sembilan.
Ini kerana, satu-satunya daripada tiga lif yang masih berfungsi bagi penduduk di Blok H di bangunan 17 tingkat itu, juga kini rosak. Kerosakan itu adalah untuk kali ketiga dalam tempoh seminggu lalu.
"Beg mereka berat, jadi mereka malas ... Tetapi jika saya tahu, mereka ponteng, saya akan rotan mereka,” kata Bawani kepada Malaysiakini, sambil mencuri nafas sebelum menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya.
Tong gas yang dibelinya juga terpaksa diangkut naik kerana pekerja tidak mahu membawanya ke atas.
"Setiap minggu ini (lif rosak) berlaku.

Selasa, 1 Ogos 2017

KENA BATANG HIDUNG SENDIRI PANDAI MARAH??

Pembangkang Hipokrit Pertahan Asal Mahathir

“Tidak perlu sehingga berdemonstrasi di luar Parlimen kerana nama yang terpampang pada kad pengenalan bukannya perkara privasi”
Demikian sindiran Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan
keatas pemimpin pembangkang dalam isu nama sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau malah berpandangan, tidak sepatutnya seseorang itu termasuk Mahathir malu dengan namanya sendiri.
“Pimpinan Pakatan Harapan menyerang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dek isu ini walhal merekalah terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejek-ejek nama Tun Mahathir sejak 1998.

Sabtu, 29 Julai 2017

Uzur dan penat, tapi Tok Guru hadir dengan bertongkat

KETIKA melihat iklan Ijtimak Perpaduan Ummah dan membaca tentatif program, saya terfikir barangkali Tok Guru tidak akan hadir. Baharu sahaja menjalani rawatan intensif. Perlu banyak rehat. Juga dengar khabarnya diminta berehat selama enam bulan.
Kalau kena kepada saya, mungkin boleh dibuat alasan paling logik untuk tidak menghadiri mesyuarat PAS kawasan atau negeri.
Saya fikir, Tok Guru boleh sahaja mewakilkan ucapan kepada orang lain. Gambar pada poster dan nama pada tentatif program untuk dibuat tarikan kepada pengunjung. Kalau ramai yang datang, Tok Guru tak datang pun, program akan berjalan.
Namun, ramalan itu meleset. Tok Guru muncul di khalayak umum, berapa kali saya tak pasti, tetapi yang pastinya perasmian Konferens Dakwah Dan Nadwah Ulama di Dewan Kelantan Trade Center (KTC) Tok Guru datang bertongkat. Bukan kerana sombong, tetapi agaknya menanggung tubuh yang sedikit tidak larat.

Ahad, 23 Julai 2017

JADILAH ISLAM YANG MEMIMPIN BUKAN KHADAM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas golongan yang mahu mengambil alih kuasa di Putrajaya sebagai “khadam” kepada “musuh Islam yang memonopoli undi satu kaum” dan “mahu menipu umat Islam”.

Presiden PAS itu berkata golongan “khadam” itu sanggup berbuat apa sahaja dalam usaha untuk mengambil alih kerajaan persekutuan, “termasuk bersedia menjadi tukang pukul, memaki hamun, menjadi penyapu atau tukang cuci kotoran”.

“Apa yang patut menjadi kewajipan sebenarnya ialah melakukan perubahan ke arah islah bersama Islam yang memimpin dan Islam yang dilaksanakan, walau sesiapa pun yang ada di kerusi Putrajaya,” katanya dalam rencana dimuat naik di Facebook.

Jumaat, 21 Julai 2017

Kekalkan Kehebatan Diaspora Bangsa Melayu

KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Kehebatan diaspora bangsa Melayu perlu dikekalkan bagi membolehkan mereka bersaing dengan bangsa lain di pentas antarabangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata bangsa Melayu sudah mampu menjadi Melayu Glokal untuk terus bersaing dan mengekalkan kehebatan tersebut bagi mengelak tragedi perpecahan dan ditindas seperti yang menimpa rakyat Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq dan Rohingya di tanah air mereka.

Ahad, 16 Julai 2017

PAS: Kepemimpinan Pembangkang Untuk Kaburi Mata Rakyat

PAS Perak menyifatkan pembentukan barisan baharu kepemimpinan Pakatan Harapan secara jelas merupakan retorik untuk mengaburi mata rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata ini kerana barisan kepemimpinan yang dibuat itu seolah-olah menunjukkan DAP tidak menerajuinya.
“Masyarakat Melayu tidak akan menerima Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PASi Perak di dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini.
Khamis lepas, Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan struktur kepemimpinan baharunya dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-ketua umum) dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-presiden).
Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (PAN) sebagai timbalan presiden.
Menurutnya lagi, matlamat Pakatan Harapan hanya untuk mencapai cita-cita mereka dan hal itu tidak akan mengugat PAS pada pilihan raya umum ke-14 akan datang,” katanya. – BERNAMA


Rabu, 12 Julai 2017

Kit Siang Takut Bertanding Dalam Pemilihan

Seorang bekas pengerusi cawangan DAP hari ini meminta penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya mengadakan dan bertanding dalam pemilihan semula parti itu seperti yang diarahkan RoS untuk membuktikan beliau tidak gentar terhadap Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw.

G.Asoghan, yang sebelum ini mengetuai cawangan Bagan Luar, berkata Kit Siang mesti menunjukkan kepada semua anggota DAP bahawa beliau tidak gentar pada Tan dengan mengadakan pemilihan semula yang adil menggunakan senarai bertarikh 15 Dis 2012, membariskan 2,576 anggota daripada 865 cawangan.

"Kami percaya pemilihan CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat) pada 2012 telah dimanipulasi supaya Tan boleh disingkirkan oleh kerana Kit Siang tahu bahawa Tan lebih baik daripadanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isnin, 10 Julai 2017

Prof Agus Belasah Pentaksub Tegar PAS

Prof Agus Belasah Pentaksub Tegar PAS

Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan ‘saya benci’ dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.

Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri. 


Saya tidak mengkritik pun, saya cuma menegur dan memperingatkan kerajaan negeri supaya beri perhatian kepada masalah air, jalan dan sampah. Buatkan rakyat negeri bangga dengan negeri dan kerajaan mereka. Tidak ada soal politik pun.


********************************

Malangnya, pentaksub tegar ini menganggap teguran saya kepada kerajaan negeri sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan agama. Mereka mengatakan kerajaan tidak boleh dikritik; kerajaan hanya boleh ditegur secara berhemah. Bagi memperkuatkan hujah, diselitlah hadis-hadis berkaitan.

Ahad, 2 Julai 2017

PAS PERLU BERTINDAK CEPAT

PAS P.Pinang Akan Serah Memorandum Kepada Agong

PAS Pulau Pinang akan mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam proses pewartaan fatwa di negeri itu.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof berkata PAS negeri konsisten meminta kerajaan negeri menarik balik pekeliling yang menyatakan bahawa keputusan mewartakan sesuatu fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu dirujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Kita harap mereka tarik balik (pekeliling itu). Saya harap mereka memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan di Malaysia amnya kerana soal fatwa ini adalah perkara yang tidak patut campur tangan luar berlaku. Isu ini hangat diperkatakan dan sudah lama.

Jumaat, 30 Jun 2017

PAS TUNGGU APA LAGI, DAP DAH KURANG AJAR ???

PAS Bakal Pupus Dalam PRU14?

KUALA LUMPUR – Sasaran PAS untuk memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekadar menjadi bahan jenaka Pakatan Harapan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, fakta sebenar tentang PRU14 adalah sama PAS sekurang-kurangnya dapat mempertahankan Kelantan yang dimenanginya pada tahun 1990.
“Presiden PAS mahu partinya memenangi lima negeri dalam PRU akan datang.
“Ia satu arahan yang sangat tinggi. Sebenarnya bukan sama ada PAS boleh memenangi lima kerajaan negeri, tetapi sama ada PAS boleh mengekalkan kuasa di Kelantan yang dimenangi oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sabtu, 24 Jun 2017

JAWAPAN PEMAKAN DEDAK MELOYAKAN......

BUKAN PENERIMA, TAPI PEMAKAN DEDAK !!!

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengalukan mana-mana ahlinya untuk meninggalkan parti itu jika lebih memikirkan wang adalah segala-galanya.

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Bersatu bukan tempat untuk penerima dedak.

"Minta maaf, Bersatu bukan tempat untuk penerima dedak.

"Tidak sangka maruah begitu senang digadaikan untuk dedak Umno," katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa di blog bahawa terdapat ahli Armada ditawarkan sehingga RM50,000 untuk meninggalkan parti.

Syed Saddiq menegaskan, Armada bukan tempat untuk mereka yang mahukan imbuhan wang atau kuasa.

"Kepada kawanku yang sudah pun tewas kerana nafsukan dedak, selamat maju jaya.

"Keluarlah kamu sebelum kami mentadbir negara. Kita tidak perlukan mereka yang senang kecundang di tangan perasuah," jelasnya.

Katanya lagi, ada kebaikan di sebalik pengkhianatan ini.

"Proses pembersihan kini bermula.

"Dulu mereka sendiri yang maklumkan kepada saya dan rakan-rakan yang lain bahawa dedak-dedak Umno telahpun ditawarkan pada mereka," ujarnya.

Jelasnya, mungkin ada ahli yang beranggapan Armada akan menawarkan jumlah dedak yang lebih besar untuk mengekalkan mereka.

"Tidak sangka maruah begitu senang digadaikan untuk dedak Umno.

"Kepada yang masih setia bersama Armada, teruslah berjuang bersama-sama kami.

"Perjuangan ini lebih daripada diri sebaliknya untuk negara tercinta, Malaysia," katanya.

Sumber: KLIK DISINI


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...