Selasa, 3 Januari 2017

PPBM Bergolak, Muhyiddin Sekeluarga Bercuti Mewah

KETIKA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) teruk dilanda pergolakan dalaman, presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula santai bercuti mewah dengan ahli keluarganya di luar negara.
Peluang tersebut namun diambil kesempatan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan; orang kuat kesayangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan gerakan bagi ‘menyerang’ hebat imej Muhyddin di dalam negara.
Sebelum ini dia menyentuh hal pembersihan nama presiden PPBM daripada skandal dengan isteri orang tetapi kini Khairuddin mempertikaikan Muhyddin tidak harus bercuti di Eropah tatkala partinya dalam keadaan kucar-kacir.
Bekas ahli UMNO itu malah mempertikaikan tindakan Ahli Parlimen tunggal PPBM di Pagoh tersebut masih boleh rileks sahaja bercuti kerana ia hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin dengan kemelut dalaman.
“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Mahathir sendiri tidak bercuti. Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, mungkin April atau Ogos.
“Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” tegas Khairuddin dipetik penulis blog politik tanah air yang hanya mahu dikenali sebagai Captain M menerusi entri catatan terbaharunya.
Muhyiddin yang berada di benua Eropah hanya dapat membaca mesej segala skandal budak-budaknya ‘dibongkar’ beberapa pemimpin PPBM sendiri, waima kucar-kacir oleh ‘tangan-tangan’ dalaman parti itu gila berebut kuasa.
Sepanjang Muhyiddin berada di luar negara bercuti mewah bersama-sama dengan anak-anaknya; Anina Saadudin, antara pengasas PPBM, disingkir penuh dramatik daripada jawatan peneraju sayap wanita parti, Ketua Srikandi.
Ini belum masuk lagi ‘askar siber’ Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa sama bekas menteri besar Kedah itu menuduh pihak luar melagakan kepimpinan parti.
Mahathir selaku Pengerusi PPBM pula terus berdiam dengan kritikan Khairuddin sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan ahli parti. Ternyata ia suatu permainan agak baik untuk ‘membunuh’ karakter Muhyiddin.
Belum lagi masuk polemik Ezam Mohd. Nor tiba-tiba keluar PPBM, kurang tiga bulan selepas penyertaannya; ugutan Anina bocor ‘rahsia’ pemimpin parti itu dan pendedahan skandal seks Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM.
Semua berlaku ketika Muhyiddin leka bercuti, tetapi Mukhriz tidak membela semua isu individu terpalit isu moral tersebut. Beliau hanya tahu menuduh orang lain khasnya UMNO yang langsung tiada kena-mengena sebagai dalang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...