Isnin, 8 Mei 2017

Dr Mahathir Terdesak Untuk Bergantung Kepada DAP

BERA 7 Mei (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan terdesak sehingga memerlukan DAP sebagai tempat untuk bergantung harap.

Ismail Sabri berkata bekas perdana menteri itu jelas membuat pusingan U kerana sebelum ini beliau lantang mengkritik DAP sebagai sebuah parti perkauman yang membawa fahaman sempit.

Tidak sesiapa pun menyangka Dr Mahathir boleh membuat pusingan U sebegitu, namun
demi kelangsungan kepentingan politik peribadi beliau dan anaknya, beliau sanggup berbuat apa sahaja, katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...