Khamis, 22 Jun 2017

TAHNIAH: 200 Anggota PPBM Melaka Keluar Parti

ALOR GAJAH, 16 Jun (Bernama) -- Seramai 200 orang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Melaka hari ini bertindak meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap hala tuju dan perjuangannya.

Bekas Ketua penyelaras Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM Melaka Mohd Hazif Iskandar Mohd Jamil berkata beliau dan anggota lain memutuskan untuk kembali kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

"Kami membuat keputusaan secara rela hati dan tanpa paksaan kerana ingin kembali ke pangkal jalan setelah hampir setahun berjuang melawan arus," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa UMNO bahagian Masjid Tanah di sini, hari ini.

Rabu, 21 Jun 2017

BERLAGAK Ala Ustaz pukau Untuk Menyamun Mangsanya

BERLAGAK ala ustaz dengan berkopiah namun menggunakan taktik pukau untuk menyamun mangsanya. Lihat video ini untuk melihat modus operandi dua penjenayah licik ini.

Sumber: KLIK DISINI

Dukung Anak Sambil Mencuri


VIDEO sekumpulan wanita ini tular selepas aksinya mencuri sambil mendukung anak dimuatnaik ke laman sosial dan mendapat kecaman dari netizen.

Sumber: KLIK DISINI

Selasa, 20 Jun 2017

Baju Tiket Ke Neraka?

Sesiapa sahaja ingin tampil cantik menawan di Hari Raya. Malahan, ada yang sanggup berbelanja ratusan atau ribuan ringgit untuk memiliki rekaan busana yang menyerlahkan penampilan dan menepati trend masa kini.

Justeru, pereka fesyen ibarat berlumba-lumba untuk tampil dengan idea rekaan masing-masing sempena Hari Raya kali ini.

Namun tidak semua rekaan itu mendapat tempat di hati si pembeli.

Baru-baru ini, koleksi baju raya Helaian by the Hanifiah (helaianbyth) mendapat kecaman netizen kerana ia terlalu menampakkan susuk tubuh si pemakainya.

Dengan tagline di akaun instagramnya, 'The Right Outfit To Style Your Shape' (Busana Tepat Untuk Menonjolkan Bentuk Tubuh Anda), koleksi helaianbyth menawarkan baju kurung moden yang kelihatan terlalu 'sendat' atau dengan bahasa pasarnya bagaikan 'sarung nangka'.

Isnin, 19 Jun 2017

TONY PUA SAKITKAN HATI MADEY ??

Mungkin Benar Kata Tony Pua, Membaca Pemfailan DoJ Sama Seperti Baca Novel Fesyen

 

Tony Pua mengeluarkan kenyataan semalam bahawa membaca pemfailan DOJ sama seperti membaca novel Robert Ludlum.
Mendiang Robert Ludlum terkenal dengan menulis novel fiksyen mendebarkan Jason Bourne.
Beberapa ahli politik dan pemerhati telah mengulas bahawa dokumen kes sivil DOJ adalah lebih seperti serangan politik berbanding dokumen undang-undang – terutamanya kerana ia telah dikeluarkan tepat sebelum Hari Raya – sama seperti bagaimana pendedahan RM2.6 bilion dahulu telah dilakukan sebelum Hari Raya dan saman DOJ tahun lepas dikeluarkan hanya lebih seminggu selepas Hari Raya.
Ini membawa saya kepada petikan tertentu dalam dokumen mahkamah DOJ tentang di mana DOJ mahu mendapatkan semula memorabilia berkaitan filem yang dibeli oleh pemilik Red Granite, Riza Aziz dan McFarland.

Jumaat, 16 Jun 2017

PENGKHIANAT 13 MEI MELALAK LAGI !!!

Lim Kit Siang belum habis membaca keseluruhan 251 muka surat pemfailan mahkamah terbaru oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dengan skandal 1MDB.
Walau bagaimanapun, setakat ini beliau telah menemui "10 perenggan maut" dan tertanya-tanya sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membaca keseluruhannya sebelum mengisytiharkan tiada apa perkara baru dalam dokumen berkenaan.
"Saya merujuk kepada perenggan 339-348 di bawah tajuk '$681 juta dipindahkan dari akaun Tanore ke akaun milik Malaysian Official 1,” katanya dalam satu kenyataan.
Pemimpin DAP itu berkata perenggan berkenaan secara langsung mengaitkan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib dengan 1MDB tetapi digambarkan sebagai derma dari keluarga diraja Arab Saudi.

Khamis, 15 Jun 2017

Nazri Punca Sarawak Keluar Daripada Kalendar Pelancungan ???

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz disarankan agar lebih 'bersopan' ketika melontarkan padangan mahupun kritikan kepada 'rakan-rakan' BN.

Pensyarah kanan, Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, ini bagi menghormati semangat setiakawanan anggota dalam BN.

"Tindakan Nazri tersebut sudah pasti menimbulkan kontroversi dari segi percakapannya dan lebih besar impaknya apabila pertuturan dan komentar beliau ditularkan dalam Internet dan dapat disaksikan oleh rakyat negara ini," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian, mengulas isu berkaitan kenyataan Nazri yang menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri "Setahun Jagung".

Selasa, 13 Jun 2017

Lima Pemuda Cina Dipuji Netizen Gara-Gara...

Lima pemuda Cina mendapat pujian netizen kerana sanggup menunggu waktu berbuka puasa untuk menikmati hidangan di sebuah restoran bagi menghormati umat Islam yang menjalani ibadah di bulan Ramadan itu.

Insiden yang dipercayai berlaku di Ayer Keroh, Melaka itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Mas Intan yang turut memuat naik sekeping gambar pada Ahad lalu.

“Ada apa pada gambar ni? Sis beri pujian pada lima remaja lelaki berbangsa Cina tersebut.. sama-sama beratur di hadapan sis waktu order (menempah) makanan.

“Setelah dapat makanan, mereka tak sentuh langsung makanan tersebut sehinggalah azan berkumandang. Mereka pusing-pusing (kepala) perhatikan sekeliling nak pastikan sama ada sudah boleh makan atau belum,” katanya.

Isnin, 12 Jun 2017

PAKATAN HARAPAN AKAN HANCUR JIKA MAHATHIR ATAU MUHYIDDIN MENGETUAINYA

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mencadangkan pemimpinnya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim PKR sebagai Penasihat.
Dalam cadangan PPBM untuk barisan Majlis Presiden Pakatan Harapan rasmi tersebut, parti yang berusia kurang daripada setahun itu mencadangkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi Timbalan Pengerusi pakatan pembangkang, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu sebagai Naib Presiden parti itu.
Malay Mail Online difahamkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pagi ini akan membincangkan cadangan PPBM ini.

Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 10 Jun 2017

Krisis Qatar berlaku kerana umat Islam ada 2 'kiblat'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konflik yang berlaku antara Qatar dengan beberapa negara Arab ketika ini adalah kesan daripada fahaman sekularisme.
Kata Abdul Hadi, idelogi itu menjauhkan Islam daripada hal ehwal kehidupan serta memisahkan negara dengan agama.
Justeru, katanya, berlaku pemisahan di antara kiblat untuk solat dan politik.
"Maka kiblat untuk solat ialah menghadap ke Baitullah di Mekah, dan kita menjaga serta membangunkannya sebagai kiblat kita.
"Adapun kiblat politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lainnya, maka kiblatnya ialah Rumah Putih di Washington atau Rumah Merah di Moscow," katanya melalui kenyataan hari ini.
Ia adalah komen pertama Abdul Hadi mengenai krisis diplomatik dihadapi Doha hari ini.
Riyadh - pada 5 Jun lalu - mengetuai gerakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar atas alasan negara itu melindungi pengganas.
Selain Arab Saudi, ia disertai Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir.
Tindakan itu diambil kira-kira dua minggu selepas Presiden AS, Donald Trump, diberi sambutan besar-besaran oleh Riyadh dalam lawatan rasminya ke Arab Saudi.
Dunia lebih diutama
Pemerintah Arab Saudi mendakwa Doha terlibat dengan kegiatan keganasan serta menyokong pertubuhan berpengaruh dalam dunia Islam, Ikhwanul Muslimin.
Doha juga didakwa mendukung agenda Iran - sebuah negara yang dimusuhi Arab Saudi - selain menyebarkan ideologi melalui media berpengaruhnya Al Jazeera.
Abdul Hadi berkata seluruh dunia Islam perlu mengambil pengajaran daripada kesan buruk Perjanjian Sykes-Picot dan perpecahan yang berlaku dalam dunia Islam Arab.
Perjanjian dirujuk Abdul Hadi itu ialah persefahaman rahsia ditandatangani dua diplomat, Mark Sykes (wakil British) dan Picot Georges (Perancis) pada Mei 1916 ketika Perang Dunia Pertama.
Kata Abdul Hadi, walaupun penjajah sudah keluar dari negara yang ditakluknya, kesan pengaruhnya masih dirasai apabila pengikut-pengikut mereka yang mempunyai warna kulit dan lidah yang sama dengan orang tempatan.
"Maslahah (kepentingan) dunia lebih diutamakan berbanding maslahah agama bagi menjaga maslahah Zionis dan sekaligus mengesampingkan isu Al-Aqsa dan Palestin," katanya melalui komen yang dianggapnya menggunakan uslub (kaedah) yang "agak keras" itu.

Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 9 Jun 2017

DOA SELEPAS TARAWIKH MENYENTUH PERASAAN

Gambar Hiasan
DOA SELEPAS TERAWIKH YANG MENUSUK KALBU - MASJID KELULUT, MARANG, TERENGGANU

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa didalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa didalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu morey saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

Ya ALLAH…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya ALLAH… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya 'Alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Ya ALLAH.. takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami ya ALLAH…

Ya ALLAH Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik.. supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya ALLAH.. ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kepadaMu ya ALLAH… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat padaMu bila dtg kesusahan.

Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua.. justeru ya ALLAH... ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya ALLAH…

Ya ALLAH…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami... kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya ALLAH...ya Rahman... pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami... kau gantikanlah dengan keampunan yang mbawa ke syurgaMu ya ALLAH.

Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya ALLAH…..

Ya ALLAH….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh… golongkanlah mereka dalam orang2 kau redahi… apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU.. maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik2… dalam keampunan dan rahmatMu ya ALLAH…

Ya ALLAH ya Aziz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashidi…ya Rahman…ya Rahim..

Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya ALLAH… agar didapat beribadah bersama kami.

Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti.. sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mendengar dan mengasihi…

Ya ALLAH ya Malikal Mulk…

Ya Razak..ya Fattahu ya 'Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu.. sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat akan kembali untuk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….

Ya ALLAH ya Zal jalali wal ikram…

Ya ALLAH…. Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…

Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya ALLAH… jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..

Ya ALLAH… temukanlah kami dengan lailatul qadir… pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadir…. Ya ALLAH.. terimalah amalan kami.. terimalah taubat kami.. ampunkanlah segala   dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…Aamiin.

~ Semoga ALLAH merahmati imam tersebut..

Sumber: Cikgu Hasmadi Ghaza 

Khamis, 8 Jun 2017

Mufti Berbuka Puasa Semeja Dengan Paderi

Ketika sesetengah pihak dilihat bersikap keras melampau dan menolak kehadiran orang bukan Islam berbuka puasa bersama, Mufti Wilayah Persekutuan hadir di majlis seumpama itu di Shah Alam semalam.
Malah majlis itu mempertemukan orang Islam dengan paderi Kristian.
Untuk menunjukkan rasa berbesar hati seronok dan terujanya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut membawa bersama isteri dan anak beliau.
"Biasanya saya jarang bawa mereka," katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis berkenaan semalam.
Klip ucapan Zulkifli dimuat naik di akaun Facebook.

Selasa, 6 Jun 2017

KENAPA PERKARA SEPERTI INI MASIH BERLAKU DI KKM ?????

gAMBAR hIASAN
Kementerian Kesihatan mengakui berlaku kesilapan dan kecuaian dalam kes penyerahan  satu mayat di Hospital Kajang dua hari lalu, kata Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata kejadian serupa berlaku tiga bulan lalu di  Hospital Pulau Pinang dan pihaknya telah menyemak semula Operasi Prosedur Standard (SOP) berhubung penyerahan mayat.

Katanya satu siasatan rapi sedang dijalankan dengan mengambil keterangan kakitangan dan pengawai perubatan di rumah mayat hospital itu (Hospital Kajang) dan ia dijangka siap secepat mungkin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...