Ahad, 16 Julai 2017

PAS: Kepemimpinan Pembangkang Untuk Kaburi Mata Rakyat

PAS Perak menyifatkan pembentukan barisan baharu kepemimpinan Pakatan Harapan secara jelas merupakan retorik untuk mengaburi mata rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata ini kerana barisan kepemimpinan yang dibuat itu seolah-olah menunjukkan DAP tidak menerajuinya.
“Masyarakat Melayu tidak akan menerima Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PASi Perak di dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini.
Khamis lepas, Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan struktur kepemimpinan baharunya dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-ketua umum) dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-presiden).
Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (PAN) sebagai timbalan presiden.
Menurutnya lagi, matlamat Pakatan Harapan hanya untuk mencapai cita-cita mereka dan hal itu tidak akan mengugat PAS pada pilihan raya umum ke-14 akan datang,” katanya. – BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...